Categories: Uncategorized

Gempar, 72 Beg Berisi Wang Tunai, 284 Kotak Berisi Beg Tangan Dirampas!

Share

Tengah malam tadi seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita rampasan 72 beg yang berisi wang tunai dengan pelbagai mata wang, jam berjenama dan barang-barang berharga serta 284 kotak berisi beg tangan berjenama.

Menurut laporan Sinar Harian, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Isar Singh berkata barangan yang dirampas itu dipercayai milik bekas Perdana Menteri keenam Malaysia, Datuk Seri Najib dan barangan itu semuanya dirampas di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu negara.

Walau bagaimanapun tambahnya lagi, serbuan itu melibatkan tiga premis di kondominium terbabit yang dipercayai dimiliki oleh seorang individu yang bergelar ‘Tan Sri’.

Katanya lagi segala siasatan ini mempunyai kaitan dengan kes 1MDB.

“Ini adalah di salah satu dari enam lokasi digeledah iaitu di pejabat perdana menteri dan kediaman rasmi di Putrajaya serta empat lagi di kediaman peribadi beliau (Najib).

 

“Tiada butiran terperinci mengenai nilai rampasan kerana terlalu banyak,” katanya.

Difahamkan, maklumat lanjut mengenai pemeriksaan dan penggeledahan akan dibuat Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Terdahulu lima lori polis digunakan untuk membawa kotak-kotak berwarna oren dan putih dari kondominium yang mana setiap kotak dilabelkan isinya.

Sumber: Sinar Harian
Sumber gambar: Malaysia Kini

IKLAN