Uncategorized

Gempak Habis Foto Bayangan Single Baru Agnes Monica, Chris Brown!

Share

Bintang Indonesia yang kian mencipta nama di peringkat antarabangsa, Agnes Monica sedang dalam debar menantikan pelancaran single terkininya bersama Chris Brown. Terdahulu, selain bekerjasama menerusi lagu, pasangan selebriti ini juga turut digosipkan sedang menjalin hubungan cinta.

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada keduanya. Brown sebelum ini cukup sinonim menerusi hubungan cintanya bersama ratu Pop, Rihanna, selain isu menyerang bintang ternama itu hingga mengheretnya ke muka pengadilan.

Terdahulu, Agnes yang turut menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-31 minggu ini turut menghadiahkan peminat dengan sekeping foto bersama Brown. Menerusi foto tersebut, Agnes dilihat dipeluk dari bahagian belakang oleh Brown dalam posisi duduk di atas sebuah kenderaan.

Malah, Ages menerusi ruangan kapsyen turut berkongsi judul single terkininya, Overdose. Difahamkan, lagu baru itu akan dilancarkan pada 20 Julai depan.

Terdahulu, Agnes turut menerima komen pelbagai daripada netizen apabila memuat naik sedutan video cumbu bersama Brown.

Foto: Instagram Agnes Monica

 

IKLAN