Uncategorized

‘Geli, Ketiak Hitam’ – Pedas Betul Komen Netizen Bila Raja Ilya Muat Naik Foto Seksi

Share

Alahai, kasihan pula MH baca kisah pelakon, Raja Ilya ini… tak habis-habis lagi dikecam netizen.

Semalam, pelakon tersebut memuat naik fotonya bersenam di laman Instagram miliknya, namun lain pula yang jadi.

“Consistent hard work gains success. Greatness will come. Definition of a really good workout when you hate doing it, but you love finishing it.

“‘Push yourself because no one else is going to do it for you’ #dontgiveup #leadthegame #beingpositive #rajailya,” tulisnya.

Berikutan pakaian yang dikenakannya itu iaitu ‘sport bra’ membuatkan netizen galak memberikan kecaman terhadapnya.

Bagaimanapun, ada juga netizen yang mempertahankan Raja Ilya serta memuji kecantikan aktress tersebut.

Pada MH, mungkinlah dia salah kerana memuat naik foto seksi tersebut lebih-lebih lagi mengetahui bahawa ia akan menimbulkan kecaman kepadanya.

Namun, itu kan IG dia…ikut suka dialah nak letak gambar apa pun, kalau rasa berdosa makanya tidak perlulah lika atau komen gambar tersebut.

Kalau untuk menegur, boleh private DM dia, bukannya mengutuk yang bukan-bukan. Apa-apapun, MH berpendapat agar Raja Ilya lebih berhati-hati memuat naik foto di laman IG selepas ini untuk mengelakkan terus dikecam netizen.

IKLAN