Meremang MH terbaca sebuah artikel mengenai sebuah pulau yang terletak di Ilha da Queimada Grande atau lebih dikenali sebagai Pulau Ular yang terletak di Brazil.

Memang menakutkan betul bila tengok pulau ini, nampak indah dan nyaman tetapi….

Geli-Geleman, Pulau Ular Paling Mengerikan, Berani Tak Nak Ke Sini?

Menurut sebuah portal, pulau ini merupakan pulau paling bahaya kerana ‘penduduk-penduduknya’ mempunyai bisa yang mampu membuatkan sesiapa sahaja mati serta merta apabila dipatuk.

IKLAN

Oleh kerana itu, kerajaan Brazil telah melarang sesiapa sahaja untuk kepulau berkenaan kerana aspek keselamatan. Hanya orang-orang tertentu sahaja dibenarkan menjejakan kaki di kawasan berkenaan.

Jangan tak tahu, oleh kerana pulau tersebut telah dihuni oleh beribu ular yang dikatakan lebih dari 4000 ekor, ada bahagian hutan tersebut langsung tidak nampak tanah.

IKLAN

Geli-Geleman, Pulau Ular Paling Mengerikan, Berani Tak Nak Ke Sini?

Salah seekor jenis ular yang paling bahaya ada di sana adalah ular jenis Golden Lancehead Viper yang merupakan ular paling bahaya boleh membunuh mangsa dalam masa kurang dari satu jam. Menakutkan!

IKLAN

Geli-Geleman, Pulau Ular Paling Mengerikan, Berani Tak Nak Ke Sini?

Malah, menurut salah seorang ahli biologi pulau ini pernah dikunjungi oleh seorang nelayan yang dipercayai penduduk di sekitar pulau tersebut yang ingin mencari pisang ditemui mati di perahunya dipercayai telah dipatuk oleh ular-ular di sana.

Huish memang ngeri betul! Kalau korang sendiri korang sanggup ke nak jejakkan kaki ke tempat ni?

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI