Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan baru sahaja melancarkan lagu dan muzik video terbarunya berjudul Police Entry.

Rasanya mereka yang lahir pada tahun 90-an pastinya merasakan lagu ini seakan-akan ‘familiar’ kerana ia merupakan antara lagu ‘permainan kanak-kanak’ popular masa itu.

Susulan itu, MV lagu tersebut turut mendapat sambutan ramai apabila berjaya mencecah lebih 200,000 tontonan dalam masa 2 hari dimuat naik serta trending di Youtube.

Dalam pada itu, Elizabeth sendiri turut memuat naik entri di Instagramnya menyatakan rasa terharu terhadap sambutan para peminat.

“Feeling super happy today sebab dalam masa dua hari je, MV Police Entry dah nak sampai 200k views and masih tengah trending kat youtube! Terima kasih korang semua,” tulisnya.

IKLAN

Sementara itu, MH sempat juga menjengah ke ruangan komen dan terhibur dengan komen-komen netizen yang inginkan lagu permainan ‘kanak-kanak’ lain seperti ulat bulu, pat pat siku lipat dan sebagainya.

Gara-Gara Police Entry, Habis Netizen Nak Buat Lagu ‘Game Kanak-Kanak’ Lain

Gara-Gara Police Entry, Habis Netizen Nak Buat Lagu ‘Game Kanak-Kanak’ Lain

IKLAN

Gara-Gara Police Entry, Habis Netizen Nak Buat Lagu ‘Game Kanak-Kanak’ Lain

Alahai, terhibur betul MH dengan komen netizen ini. Ada sahaja idea kreatif mereka kan? Namun begitu, MH lihat ramai juga yang memberikan ‘thumbs up’ kepada Elizabeth untuk lagunya itu.

IKLAN

Gara-Gara Police Entry, Habis Netizen Nak Buat Lagu ‘Game Kanak-Kanak’ Lain

Gara-Gara Police Entry, Habis Netizen Nak Buat Lagu ‘Game Kanak-Kanak’ Lain

Kali terakhir Elizabeth mengeluarkan singlenya pada tahun lalu bertajuk Darling. Dia juga sinonim menerusi lagu Knock Knock selain aktif berlakon

Foto: Instagram Elizabeth Tan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI