Gara-gara terlalu berani bersuara di media sosial, berkaitan hak rakyat dan politik, Fathia telah menerima ugutan oleh seorang lelaki.

Melalui akaun Twitternya, Fathia memberitahu dia sangat trauma dengan apa yang terjadi dan rasa memerlukan seorang pengawal keselamatan buat masa ini.

Menurutnya lagi, lelaki tersebut telah menyerangnya dan membuat provokasi mengugut untuk menembaknya.

Tambahnya, lelaki tersebut telah melemparkan rantai dan terkena di bahunya.

Ads

Ads

Ads

Katanya lagi, dia mengenali lelaki tersebut namun engan memberitahu siapakah nama individu yang tunjuk samseng itu.

Namun mujur Fathia mempunyai senjata perlindungan diri di bonet keretanya.

Bagaimanapun Fathia berkata jika dia membuat laporan polis mungkin tidak akan memberi kesan apa-apa kerana proses yang diambil terlalu lambat.

Apappun, MH harap Fathia lebih berhati-hati dan jika boleh cuba untuk jangan keluar ke mana-mana buat masa ini kerana isu Fathia bersuara demi rakyat masih hangat diperkatakan lebih lagi apabila Dira Abu Zahar menyelar segala tindakan Fathia.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI