Uncategorized

[VIDEO] Gara-Gara Bergurau ‘Sumbat’ Anak Dalam Mesin Basuh Layan Diri, Akhirnya…

Share

Gurauan seorang bapa memasukkan anak di dalam mesin basuh layan diri akhirnya mengundang padah apabila mesin tersebut tidak dapat dibuka.

Bagaimanapun, anak kecil tersebut berjaya diselamatkan hasil bantuan kakitangan pekerja restoran berdekatan.

Memetik Bernama Radio, kejadian mencemaskan itu telah berlaku di sebuah pusat dobi layan diri di Taman Bukit Sentosa, Rawang

Kakitangan restoran berkenaan pula terpaksa mengumpil cermin mesin basuh tersebut untuk mengeluarkan anak kecil itu.

Di ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan tindakan bapa anak tersebut yang dilihat bergurau tidak kena dengan tempatnya.

Kata orang malang tidak berbau tetapi sebagai manusia yang mempunyai akal, kita sepatutnya mampu untuk mengelakkan diri daripada sebarang ancaman yang boleh membahayakan diri mahupun orang lain.

Kata orang malang tidak berbau dan sebolehnya, kalau nak bergurau pun biarlah ada hadnya.

Video: Bernama Radio

IKLAN