Kecoh minggu ini gara-gara seorang ‘instafamous’, Faiz Roslan mengeluarkan kenyataan berani mati bahawa dia tidak berpuasa menerusi laman Insta Story miliknya.
Saat dikecam orang ramai, muncul pula usahawan muda, Safiey Illias yang meminta agar orang ramai berhenti mengeluarkan kata-kata negatif terhadap Faiz.
Menulis di laman Instagram miliknya, Safiey memuat naik foto meminta agar orang ramai mendoakan yang baik-baik sahaja.
“Daripada doa yang buruk-buruk baik doa yang baik-baik. Pahala pun dapat. Doa keburukan orang dapat dosa adalah.
“Tak rugi apa-apapun pun doakan yang baik-baik untuk orang. #Kaupuasaketak #Jangancaruthakak,” tulisnya.
Pada MH, betul lah apa yang diperkatakan itu. Bulan ramadan kan sepatutnya kita memperbanyakkan amal ibdah? Bukannya menambah dosa.
Bagaimanapun, MH lihat di ruangan komen Safiey dipenuhi dengan komen-komen orang ramai. Kebanyakannya mempersoalkan mengenai dirinya yang menyerupai wanita.
Mungkin niat mereka ingin menegur. Yalah,lelaki yang menyerupai fitrah wanita kan salah disisi agama. Apa-apapun, MH harap insiden ini dapat memberi sedikit pengajaran buat orang ramai.
Pada MH, tiada manusia yang sempurna maka kita haruslah saling ingat-mengingati antara satu sama lain.
sumber: IG Safiey Illias
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI