Uncategorized

[GAMBAR] “Terima Kasih Kepada Semua Yang Mendoakan Mia,”- Mia Sara Jawab Isu Masuk Wad

Share

Pelakon cilik, Mia Sara Nasuha mengatakan bahawa dirinya kini semakin sihat, sejak ditahan ke wad sejak beberapa hari lalu.

Dia berkongsi perkara itu menerusi laman Instagramnya, hari ini.

“Alhamdulillah, doctor kata Mia dah getting better. Terima kasih kepada semua yang mendoakan Mia,” tulisnya.

Sebelum ini, Mia, 13, dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Kota Damansara, Petaling Jaya, kelmarin akibat jangkitan kuman pada saluran kencing.

Bapa Mia, Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh yang dihubungi BH Online seperti yang dipetik memberitahu, jangkitan itu juga menyebabkan buah pinggang pelakon remaja terbabit membengkak.

Sementara itu, di ruangan komen juga melihatkan ramai netizen yang mendoakan agar pelakon filem Papa I Love You itu cepat sembuh.

Semoga cepat sembuh ya Mia!

Foto/Instagram: Mia Sara Nasuha

IKLAN