Uncategorized

[GAMBAR]”Little Hero On The Way,”- Gambar Comel Pra Bersalin Elvina Mohamad & Suami Curi Perhatian, Sweetnya!

Share

Ketika ini, sesi pengambaran pra bersalin sudah menjadi trend dikalangan pasangan suami isteri yang bakal menimang cahaya mata.

Tidak ketinggalan pelakon, Elvina Mohamad dan suaminya, Datuk Mohd Haniff turut mengambil kesempatan untuk merakam detik indah menantikan cahaya mata sulung itu.

Jom kita lihat beberapa foto yang telah dikongsikan di akaun Instagram milik Elvina.

Dalam pada itu, pelakon tersebut turut mendedahkan dirinya bakal melahirkan seorang cahaya mata lelaki.

Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji aksi comel pasangan tersebut selain turut mendoakan segala urusan Elvina semasa melahirkan anak tersebut dipermudahkan.

Terdahulu, Elvina telah melansungkan perkahwinaannya dengan Datuk Mohd Haniff pada tanggal 18 Mac 2018 dengan sekali lafaz di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Foto: Instagram Elvina Mohamad

IKLAN