Pelakon, Mawar Rashid ada memuat naik sebuah entri di laman Instagram bersempena dengan ulang tahun kelahiran ibunya.
Katanya, dia berterima kasih kepada ibunya itu kerana telah membesarkan tujuh adik-beradiknya dengan penuh kesabaran walaupun pernah mengharungi zaman susah satu ketika dahulu.
“Mummy sayang, hampir genap setahun Adik telah jadi isteri. Tak duduk ngan mummy dah macam dulu. Tak jumpa hari2 macam dulu, dan Adik tahu itulah lumrah hidup kita.. Sekarang Adik dah ade tanggungjawab Adik untuk suami tercinta.
“Thank you mummy, be there for me whenever I need you. Hari-hari memang rindu mummy walaupun jumpa setiap minggu dan perasaan Rindu sayang kat mummy tak akan berakhir sampai ke akhir hayat Adik.
“Satu benda Adik janji ngan mummy, selagi Adik mampu, Adik akan cuba bagi mummy kesenangan, jaga mummy, dan pertahankan mummy. Thank you besarkan kami 7 bradik dengan penuh positif, penuh didikan dan kesabaran,” tulisnya.
Tambah Mawar, dia berjanji akan sentiasa menjaga dan memberi kesengangan kepada ibunya itu sehingga ke akhir hayatnya.
“Walaupun kita hidup susah, mummy tak pernah mengeluh tapi mummy sentiasa happy dan sebab mummy and didikan mummy lah keluarga kita sentiasa bahagia, sejahtera dan saling pertahankan satu sama lain. Love my family so much.
“Happy birthday to my beautiful Queen. Semoga mummy dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan diberkati Allah S.W.T . So nanti mummy boleh tengok anak2 cicu mummy tua and semua happy2. Love you ratu hatiku,” katanya lagi.
Di ruangan komen, para peminat dan rakan artis turut sama menitipkan ucapan selamat hari lahir buat ibu kepada bekas finalis Dewi Remaja 2016 itu.
Selamat hari lahir diucapkan kepada ibu Mawar. Semoga panjang umur dan diberi kesihatan untuk menyambut ‘Mawar dan Raf’ junior tidak lama lagi.
Foto: Instagram Mawar Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Adibah Noor meluahkan rasa terkilan terhadap segelintir pihak yang menyuarakan cadangan untuk memboikot make up artis (MUA) dan tata rias pengantin dari kalangan pondan.
Menurut Adibah, juru soleknya ketika ini adalah daripada golongan berkenaan dan menyifatkan mereka sebenarnya orang yang paling bertanggungjawab dalam membantu meringankan beban keluarga.
Perkongsian tersebut telah disuarakan oleh Adibah memerusi Twitter miliknya.
“MUA saya dlm golongan ini. Mereka yg jaga ibu bapa sampai ke akhir hayat. Menyara keluarga, adik beradik “straight” yg penagih dadah, penganggur, malas bekerja. Masuk waktu, sarung kain pelikat, tshirt tunaikan solat.
“Dicerca, tapi time nak pinjam duit, merekalah juga dicari,” tulisnya.
Jelas Adibah, golongan ini sanggup menjaga ibu bapa mereka hingga ke akhir hayat malah turut menyara adik-beradik yang bermasalah.
Di ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan kenyataan Adibah itu selain turut menyifatkan mereka hanya mencari rezeki dengan menggunakan kepakaran yang mereka miliki itu.
Terdahulu, seorang pengguna Twitter telah bertindak menyeru orang ramai untuk tidak lagi menggunakan khidmat juru solek dan tata rias pengantin daripada golongan pondan kerana menganggap perkara tersebut akan menggalakkan mereka terjebak ke dalam kancah LGBT.
Bagaimanapun, individu tersebut telah dikecam hebat oleh netizen gara-gara tuduhan yang tidak berasas itu selain disifatkan sebagai mahu menutup pintu rezeki orang lain.
Foto: Twitter Adibah Noor
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kecoh semalam apabila video menunjukkan pelakon, Sharifah Sakinah dan Scha AlYahya berselisih faham di sebuah pertunjukan fesyen dilaporkan oleh media.
Dalam video pendek berdurasi 13 saat itu kelihatan ada dua lagi pelakon lain iaitu Ben Amir dan Sweet Qismina cuba meleraikan perselisihan faham tersebut.
Susulan itu, Sakinah kemudiannya memberikan komen terhadap isu tersebut menerusi laman Twitternya, lewat malam semalam.
“Pukimak punya michael ang . Dah mcm sajat dengan safie alias dah kita @schaalyahya . Apahal keluar awani ? Berapa ko bayar @MichaelAng38,” tulisnya.
Tweet tersebut kemudiannya dibalas oleh Michael.
“Apo ni??? Mmg kena hencap la!,” balas pengarah itu pula.
Apa pun, babak tersebut merupakan antara babak yang bakal dimuatkan menerusi drama pendek lakonan mereka berjudul Dua yang bakal bersiaran tahun hadapan.
Foto/Instagram: Sharifah Sakinah & Scha AlYahya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!