Uncategorized

[GAMBAR] Wow…12 Selebriti Hebat Ini Rupanya Anak Jati Kedah. Hebat Semuanya!

Share

Perdana Menteri Malaysia ketujuh, Tun Dr. Mahathir Mohamad sedia dikenali sebagai antara anak jati Kedah yang paling dikenali. Apa pun, korang jangan tak tahu, di kalangan dunia seni pun, ramai rupanya anak kelahiran Negeri Jelapang Padi yang turut hebat dalam bidang masing-masing.

Jom ketahui siapakah mereka.

Azean Irdawaty 

Allahyarhamah sudah pun dua kali memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia. Selain sukses mencipta nama dalam dunia lakonan, Azean juga pernah merakamkan beberapa album solo.

Bront Palarae

Berasal dari Alor Setar, Kedah, Bront atau nama sebenarnya, Nasrul Suhaimin Saifuddin sedia dikenali sebagai antara pelakon versatil yang dikagumi. Malah turut mencipta nama dalam dunia lakonan di Indonesia menerusi filem Pengabdi Setan dan Ayat-Ayat Cinta 2.

Ezad Lazim

Bekas vokalis kumpulan muzik, Exist ini sudah pun mempunyai barisan single yang kekal malar segar hingga kini. Antaranya ialah Dua Insan, duet bersama penyanyi Indonesia, Eva yang dilancarkan pada 2002.

Farid Kamil

Penerima Anugerah Bakat Muda Seni Lakon Negara menerusi Anugerah Seni Negara kepalan ini begitu sinonim dengan penampilannya dalam filem aksi. Antaranya ialah Remp- It, Evolusi KL Drift, J Revolusi dan Tombiruo.

Ifa Raziah

Diberi gelaran sebagai Diva Dangdut Malaysia, Ifa dikenali sebagai antara selebriti yang tidak pernah jemu untuk berusaha dalam mencipta nama meski lebih dua dekad dalam seni. Hasilnya, dia berjaya memenangi Anugerah Artis Versatil Popular selama dua tahun berturut-turut iaitu 2016 dan 2017. Terkini, Ifa turut gigih membina empayar bisnes.

Janna Nick

Siapa yang tidak kenal dengan bintang asal Sungai Petani, Kedah ini. Barisan drama dan lagunya mencipta fenomena yang bukan calang-calang. Malah, produk hasilannya, Sephia turut dikenali sebagai antara produk lokal yang kian mendapat tempat.

Jay Jay

Pemilik nama sebenar, Mohd Fauzi Darus ini yang juga merupakan bekas vokalis kumpulan Carefree dan turut mempunyai beberapa buah lagu yang kekal diingati sehingga kini. Jay Jay juga pernah dinobatkan sebagai pemenang Vokal Lelaki Terbaik 1998 di Anugerah Industri Muzik.

Nassier Wahab

Dia antara artis 80-an yang masih popular sehingga kini. Meski pada usianya kini yang sudah mencecah 56 tahun, Nassier tetap aktif menghiburkan peminat menerusi seleksi lagu popularnya seperti Sekali Aku Jatuh Cinta dan Memori Cinta Luka.

Osman Ali

Pengarah prolifik, Osman Ali cukup dikenali menerusi filem arahannya yang mendapat tempat di hati penonton seperti Anak Halal, Puaka Tebing Biru dan filem cinta yang mencipta fenomena, Ombak Rindu. Terbaru, Osman bakal hadir menerusi filem seram, Langsuir lakonan Syafiq Kyle dan Hannah Delisha.

Rozita Che Wan

Pelakon dan usahawan ini kekal menjadi antara selebriti yang cukup menarik perhatian ramai menerusi suara yang diluahkan khasnya menerusi media sosial. Pada masa sama, penampilannya yang cukup mewah dan glamor turut menjadi buah mulut ramai.

Scha Al-Yahya

Bekas pemenang Dewi REMAJA ini juga sukses dalam bidang lakonan dan perniagaan. Memiliki keluarga yang dianggap sempurna sebilangan netizen, personaliti figura ini juga cukup menyenangi hati ramai. Selain berlakon, Scha turut sukses sebagai pengacara, sama seperti suaminya, Awal Ashaari.

Yuna

Yunalis Zarai atau lebih sinonim dengan panggilan Yuna sedia diketahui sebagai antara penyanyi Malaysia yang gigih mencuba nasib di luar negara. Malah, album solonya di luar Malaysia turut mencipta reputasi yang membanggakan. Sebelum ini pun ramai selebriti antarabangsa artis yang satu ini, misalnya Usher dan Rihanna!

 

IKLAN