[GAMBAR] Wajah Terkini Anak Mas Idayu, Danny Shah Yang Superb Comel!

Sejak kami muat naik video kemesraan di antara ratu gelek Malaysia, Mas Idayu yang lebih dikenali sebagai Mami, ramai yang meminta untuk kami muat naik gambar terkini anaknya.

Buat pengetahuan semua, Mas Idayu pernah berkahwin dengan seorang pelakon bernaMA Aman Graseka pada tahun 1997, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata bernama Nur Dayini Asyiqah.

Namun perkahwinan mereka tidak berkekalan hingga masing-masing membuat keputusan untuk membawa haluan sendiri pada tahun 2006.

MH difahamkan kini anak gadis yang cukup manja dengan ibunya ini sudah berusia 19 tahun dan mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.

Malah, dia juga mahir bermain piano. Melihat raut wajah dan personalitinya, ternyata anak kepada penyanyi dangdut ini cukup lengkap pakej untuk menjadi seorang penyanyi.

Okay MH tak nak cakap banyak korang lihat sendiri betapa comel dan cantiknya Dayini Asyiqah atau lebih dikenali sebagai Danny Shah di Instagram.

IKLAN

IKLAN