Uncategorized

[GAMBAR] “Tiada Lagi Isu Samakan Wajah Saya Dengan Sesiapa. Itu Yang Saya Mahu, Berdiri Atas Kaki Sendiri,” – Ruhainies

Share

Pelakon Ruhainies mengakui pada fasa sekarang, dia kian lega memandangkan sudah ramai yang mulai buka mata terhadap bakat lakonannya, berbanding soal remeh-temeh.

Ditemui pada majlis sambutan hari jadinya yang ke-26 tahun di Kache, Shah Alam, adik kepada pelakon Nur Risteena ini mengakui, pada awal kemunculan, dia tidak dapat menolak untuk menerima kritikan yang dianggap boleh mematangkan diri.

“Alhamdulillah meski hampir tiga tahun terlibat di dalam industri, sudah banyak pencapaian yang saya sudah capai. Hanya ada beberapa lagi impian yang belum terlaksana. Berkat doa dan sokongan semua juga.

 

“Malah, saya sendiri pun berterima kasih buat peminat yang banyak memberikan sokongan. Betul, kalau dulu ada yang cakap lakonan saya macam ‘kayu’, harap tuah wajah dengan selebriti lain dan sebagainya. Tapi lama-kelamaan, isu tersebuat kian terpadam. 

 

“Tiada lagi isu samakan wajah saya dengan sesiapa. Itu yang saya mahukan, berdiri atas kaki sendiri. KIranya bila sambut hari jadi tahun ini, itulah merupakan hadiah yang paling bermakna” katanya kepada MH.

Ditanya mengenai sisi peribadinya pula yang dikatakan sedang berkawan rapat dengan pemain bola kebangsaan, Safawi Rashid, Ruhainies menyifatkan itu hanyalah sekadar ‘usikan’ daripada netizen.

“Saya berkawan dengan semua orang. Pelik juga sebab ada juga selebriti lain yang ambil gambar bersama atlet atau mana-mana lelaki, tetapi tidak pula diperkatakan.

 

Tapi tidak mengapalah, sebab saya fikir bila orang bercakap, itu tandannya mereka sayang dan ambil berat fasal kita,” terangnya lagi.

Ikuti juga sedutan majlis sambutan hari jadinya menerusi Live FB MH!

Foto: Instagram Ruhainies

IKLAN