Uncategorized

[GAMBAR] “Terima Kasih Kerana Menjadi Teman Yang Prihatin Dan…,” – Dedikasi Sweet Erra Sempena Bday Shahir

Share

Awal pagi tadi, Erra Fazira ada menitipkan dedikasi istimewanya buat Shahir, bersempena dengan ulang tahun kelahiran penyanyi lelaki itu yang ke-29 pada 5 September lalu.

Bagai menjawab segala persoalan peminat, penyanyi dan pelakon itu turut memuat naik beberapa keping foto mereka bersama.

Pada masa sama, aktres wanita itu turut mengucapkan ucapan sama buat rakan lain.

“Happy birthday chor!!! Moga panjang usia.. dan dberi kesihatan yg baik. dengan penambahan usia moga bertambah lah kematangan mu.. ku doakan dikau kurus size S dan sado mcm yg di impikan!! Go Go Go chor!! U can do it!!

 

“Terima kasih krn menjadi teman yg prihatin dan baik buat ku serta seluruh teman2.. Berjaya dan bahagia zahir, batin, dunia dan akhirat hendaknya.. amiiin!,” tulis Erra.

Terdahulu, Shahir ketika ditemui MH pada majlis pembukaan cawangan Teh Tarik Place di KIP Hotel, Batu Caves, Selangor turut memberitahu, dia sememangnya mempunyai perancangan untuk meminang primadona filem alaf baru itu.

Bagaimanapun, dia belum mempunyai tarikh tertentu sebaliknya mengharapkan semua agar mendoakan yang baik-baik terhadap hubungan mereka.

“Saya sedar ada tiga bulan lagi sebelum tahun 2018 berakhir, tapi apa yang boleh saya kata kita merancang, kalau sampai waktunya, akan beritahu.

 

“Sekarang, masing-masing sibuk dengan komitmen dan sedang cari juga masanya yang sesuai, cuma belum jumpa tarikh sebenar lagi,” kongsi Shahir yang turut berjanji untuk memaklumkan perkahwinan mereka kepada umum, andai sudah pasti kelak.

Foto: Instagram Erra Fazira

IKLAN