Uncategorized

[GAMBAR] Telefon Terkecil Di Dunia Bakal Dipasarkan Mulai 2018!

Share

Nampaknya semakin hari semakin hebat ciptaan telefon pintar yang memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat zaman sekarang.

Berlumba-lumba syarikat pengeluar telefon pintar mencipta peranti yang up to date dan punyai pelbagai ciri.

Malah ciri model juga sangat dititik beratkan. Semakin besar skrin telefon tersebut semakin puas dan berlumba-lumba untuk orang milikinya.

Terkini, satu syarikat telefon pintar telah menyahut cabaran melawan arus trend dengan mencipta telefon terkecik di dunia.

Hah jangan tekejut telefon tersebut hanya sebesar ibu jari sahaja. Lebih ringan daripada duit syiling.

Telefon bimbit yang dikeluarkan dari United Kindom, Zanco model T1 ini mempunyai saiz sebeasar 1.9 x 0.8 x 0.5 inci dan boleh digunakan untuk membuat panggilan, menghantar dan menerima mesej sahaja.

Oleh kerana saiznya terhad, telefon pintar ini hanya mampu menangung rangkaian 2G/. Tiada pelayaran internet dibenarkan menggunakan telefon pintar ini apatah lagi untuk akses media sosial.

Walaupun kecil jangan terkejut ya, MELALUI KEMPEN Kickstarter ia telah dibida bermula RM 192 sehingga mencecah harga RM394,211.

Telefon ini akan mula dipasarkan pada May 2018.

 

IKLAN