Categories: Uncategorized

[GAMBAR] “Tak Sabar Nak Makan Nasi Minyak!,”– Peminat Excited Nak Lihat Syafie Naswip & Aishah Azman Naik Pelamin

Share

Pelakon Syafie Naswip sering berkongsi gambar dengan teman wanitanya, Aishah Azman di akaun Instagram.

Pelakon berusia 26 tahun itu juga sentiasa memberi kapsyen yang sweet dalam setiap gambar yang dikongsikannya itu.

 

Gambar-gambar yang dikongsikan itu sering dihujani komen netizen agar hubungan mereka bahagia hingga ke jinjang pelamin.

Tidak hanya berdiam diri, Aishah yang membintangi drama Pengantin 100 Hari itu telah membalas komen netizen agar jodohnya dengan Syafie sentiasa dipermudahkan oleh Yang Maha Esa.

Di samping itu, Syafie juga sering berkongsi resepi masakannya dengan menggunakan hashtag #AirTAnganSiBujangNilai, sekali gus, membuatkan netizen ‘jatuh hati’ dengan caranya yang sempoi itu.

Wah! Syafie ni memang perfect kan? Dah lah kacak, pandai masak pulak tu. Beruntung Aishah.
Semoga ikatan cinta mereka ini sehingga ke jinjang pelamin ya!

Foto/Video : Instagram Syafie Naswip

IKLAN