Uncategorized

[GAMBAR] Tahniah! Neves Pretty Ugly Sah Bergelar Suami Dengan Sekali Lafaz

Share

Bila sebut tentang kumpulan Preety Ugly MH tahu pasti ramai gadis-gadis menjerit apabila mendengar lagu-lagu mereka.

Ya, tidak dinafikan aura kumpulan ini sungguh besar di awal tahun 2000. Antara lagu popular mereka adalah seperti Diari Seroang Lelaki, Jika Diberikan Satu Peluang dan Bidadari.

MH mendapat khabar gembira tentang vokalis kumpulan ini apabila akhirnya Neves atau nama sebenarnya Raizan Zainal Abidin, 43 telah menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihannya Noorliana Umar, 36 pagi tadi.

Majlis yang telah dihadiri dengan 100 orang jemputan ini telah diadakan di Surau Damansara Perdana yang dihadiri oleh ahli keluarga kenalan terdekat kedua-dua belah pihak.

Pasangan ini telah dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan iaitu Umar Ackiyak dan disaksikan oleh penolong pendaftar Nikah Masjid Al-Makmuriah Daerah Petaling, N. Mastori Marsidi.

Jutaan tahniah kami ucapkan kepada dua pasangan ini dan semoga hubungan mereka berdua akan berkekalan sehingga ke Jannah.

Apapun nah MH belanja korang lagu popular Pretty Ugly yang pernah popular di industri suatu ketika dahulu.

IKLAN