Uncategorized

[Gambar] Tahniah! Nadia Aqilah Kini Bergelar Isteri

Share

Wah! Seronok MH bila dengar rakan artis menamatkan zaman solo ni. Bukan apa, benda yang baik ini kita kenalah tumpang gembira kan?

Semalam, MH dikhabarkan bahawa pelakon dan penyanyi, Nadia Aqilah sudah ‘off market’ apabila selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Saiful Ridzuan.

Malah, Nadia sendiri turut membuat ‘insta Live’ sepanjang majlis akad nikah berlangsung. Kelihatan dia berseri-seri mengenakan busana putih sambil dikelilingi ahli keluarga dan rakan-rakan rapat.

Sementara itu, MH juga sempat menjengah ke Instagram rakan-rakan Nadia seperti Sharifah Aman, Sherry Al-Hadad dan juga Tiz Zaqyah dimana mereka berkongsi berkongsi gambar di majlis tersebut.

Selain itu, sempat juga MH membaca ucapan tahniah yang diberikan mereka.

Serius cantik pelamin dengan pengantinnya! Apa-apapun MH ucapkan tahniah kepada Nadia dan pasangan, semoga kekal hingga ke Jannah!

sumber: IG

IKLAN