Uncategorized

[GAMBAR] Tahniah Dynas Mokhtar Sah Bergelar Isteri Dengan Sekali Lafaz

Share

Dengan sekali Lafaz, Dynas telah sah bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan Syazrik Din pagi tadi di kediaman keluarganya yang terletak di Shah Alam.

Pelakon Syurga Yang Ke-2 ini telah dinikahkan oleh bapanya Datuk Wan Mokhtar Wan Mohamad dengan mas kahwin sebanyak RM1,001 serta menerima tujuh dulang hantaran berbalas Sembilan bersama wang hantaran RM 10,00.

Dynas dan pasangannya telah bertunang pada 26 Oktober lalu dan majlis bertandang akan diadakan pada 28 April di Damansara dan di susuli dengan majlis resepsi yang akan dilakukan di sebuah hotel 5 Mei depan.

Melalui perkahwinan terdahulu, Dynas telah dikurniakan dua orang anak iaitu Khyra Khalyssa, 8 tahun dan Mohamed Haqish, 6 tahun.

Buat pengetahuan semua, malam tadi juga Dynas telah mengadakan malam berinai dengan bertemakan konsep Bollywood.

Majlis tersebut telah diadakan dengan cukup elegen dengan bermain warna tema maroon.

 

 

 

IKLAN