Uncategorized

[GAMBAR] Tahniah, Dayah Bakar Sah Jadi Isteri Pegawai Tentera Dengan Sekali Lafaz

Share

Memilih Jumaat sebagai hari bersejarah mereka, pengacara Dayah Bakar akhirnya sah bergelar isteri pegawai tentera berpangkat kapten, Muhammad Hanif Hamidi sekitar jam 9.30 pagi tadi dengan sekali lafaz.

Majlis yang diadakan di Ampang Hilir, Kuala Lumpur itu turut diraikan dengan kunjungan ahli keluarga, sahabat handai dan teman media.

Pasangan sama cantik sama padan ini telah dinikahkan bapa Dayah sendiri, Datuk Abu Bakar Johar dengan mas kahwin sebanyak RM300.

Mengenakan persalinan daripada Azura Couture, majlis resepsi pihak perempuan akan diadakan di Cornerstone (IPC) Wisma Selangor Dredging Ahad ini, sementara majlis resepsi pihak lelaki akan berlangsung 7 Julai depan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

MH kongsikan detik indah pasangan ini saat disatukan sebagai suami isteri. Tahniah daripada kami!

Foto: Instagram Dayar Bakar (photo by @saifulchin)

 

IKLAN