Uncategorized

[GAMBAR] “Syantiknya Sis,” – Netizen Puji Bila Bella Astillah Kongsi Foto Berhijab

Share

Isteri kepada pelakon, Aliff Aziz, Bella Astillah telah berkongsi foto dirinya berhijab di laman Instagramnya, semalam.

Katanya, Allah akan memberikan kebahagiaan apabila kita mula menghargai dan bersyukur.

“Apabila kita mula menghargai dan bersyukur, InshaAllah akan datang keindahan dan kebahagian,” tulis Bella di ruangan kapsyen.

Kelihatan Bella begitu manis dan ayu sekali tatkala mengenakan hijab berona putih itu, sesuai sekali dengan kulitnya yang putih gebu itu.

Ternyata, peminat juga turut teruja melihatkan perubahan Bella itu, ramai yang memberikan komen positif di ruangan komen.

Nampaknya netizen merestui sekiranya Bella terus berhijab, apa-apapun, kita doakan semoga Bella akan terbuka hatinya untuk menutup auratnya dengan sempurna selepas ini.

Foto/Instagram: Bella Astillah

IKLAN