Uncategorized

[GAMBAR] Sah Elfira Loy Kini Tunangan Orang, Tahniah!

Share

Awal pagi ini, elakon Elfira Loy telah memuat naik dua keping foto berkaitan dengan majlis tunangnya yang telah pun dilangsungkan.

Sama cantik sama padan dengan persalinan polos rona jingga cair, Elfira atau lebih mesra disapa El berkongsi momen indah berkenaan menerusi Instagram.

Susulan itu, gambar tersebut telah dihujani ucapan tahniah dari netizen.

Walaubagaimanapun, terdpat segelinitir netizen yang memberi komen ‘pedas’ apabila mengaitkan hubungannya dengan bekas tunang, Sufian Suhaimi.

Mengenakan busana berwarna merah jambu, Elfira dan tunangnya itu tampak serasi dan berseri.

Apa-apa pun, doa yang terbaik buat pasangan ini untuk naik pelamin.

IKLAN