Uncategorized

[GAMBAR] “Sukanya Tengok Pengantin Baru Ni,”- Lebih Sebulan Diijabkabul, Peminat Tak Jemu Lihat Kemesraan Tasha Manshahar-Raqib Majid

Share

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat pengantin baru buat dua pasangan selebriti, Tasha Manshahar dan suami, Fahrur Raqib Abdul Majid.

Kebahagiaan rumahtangga yang dibina sudah sebulan lebih itu menjadikan Tasha teruja untuk berkongsi foto di akaun Instagramnya.

Susulan itu, netizen turut mendoakan kebahagiaan mereka agar kekal selamanya hingga ke syurga.

Tasha dan Raqib telah berkahwin pada 8 September di Masjid Jamek Kajang yang disaksikan bapa saudara pengantin perempuan, Mohd Hasnan dan rakan bapanya, Ustaz Mansur Saman.

IKLAN