Anugerah Stail EH! 2019 yang dilangsungkan di Equatorial Plaza, Kuala Lumpur telah pun berakhir dengan sukses malam tadi.
Para selebriti serta warga kerja seni popular masing-masing telah mengungguli 20 kategori dalam senarai pemenang tahun ini, serentak dengan bersempena ulang tahun ke-20 majalah berkenaan.
Lalu selain senarai pemenang yang menjadi perhatian, fesyen dan penampilan selebriti yang hadir menerusi program anugerah tahunan itu turut ‘memancing’ mata ramai.
Jadi, jom ‘stalk’ antara gaya serta fesyen menarik yang dikenakan selebriti lokal kita menerusi tema ‘alter ego’. Siapa paling ‘letop’?
Pelakon Puteri Sarah Liyana mengakui bahawa dia suka berkongsi tips dan produk yang digunakan kepada netizen khususnya pengikut di Instagramnya.
Bagaimanapun, ada segelintir peniaga produk telah menyalahgunakan namanya untuk kepentingan mempromosikan produk mereka.
Malah, peniaga tersebut sewenang-wenangnya menggunakan nama pelakon itu sebagai duta produk mereka.
Lantas, perkara itu telah mendapat respon dari Sarah dan bertindak tegas terhadap perkara berkenaan.
“Saya suka share tips & products yang saya guna & amalkan tapi nampaknye some sellers suka guna/repost.
“I tak kesah if nak bgtau i makan shaklee tapi tu 2017 masa pregnantkan Syaikhul. Until now ig story tu repeatedly seller shaklee guna it’s ok u nak educate org luar but then telling people that my daughter baby shaklee, my son baby shaklee dah kenapa pulak ?
“If like this then after this I won’t share anymore any products i amalkan sbb i takot seller2 ni salah gunakan as if macam i duta shaklee pula.
“Ok berita terbaru i dapat now tengah berleluasa dekat FB pulakkkkk. Jangan salah faham ya, i consumed shaklee & upload pic masa tu tahun 2017 tapi gambar digunakan macam baru ku upload 2jam lepas 🙄 dan org yg tak tahu apa2 ingat betul benda tu.
“Dengan caption bertulis cantik luar dalam with shaklee,” tulisnya sambil disertakan foto bersama anaknya yang disalah guna peniaga produk tersebut.
Lalu, netizen telah memberikan komen yang pelbagai terhadap perkongsian tersebut.
Untuk rekod, Sarah dan Shamsul Yusof berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 2, dan Sumaiyyah yang baru berusia empat bulan.
Foto : Instagram Puteri Sarah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Terdahulu, tular di laman media sosial mengenai kisah perpisahan pengacara Nabil Mahir bersama seorang pelakon, Sarah Hildebrand selepas lebih lima tahun sulam cinta.
Malah, kisah tersebut kian mendapat perhatian apabila bekas kekasihnya itu turut membuat pengakuan mengenai kisah percintaan yang membawa kepada perpisahan.
Dakwanya, dia telah dibuli dah hos tersebut juga turut dikatakan berlaku curang.
Lalu menjengah ke Instagram Nabil, lelaki ini seperti biasa memuat naik foto seperti biasa.
“I play to win cause I’m competitive. Lagi-lagi kalau nak menang hati awak Friday ni will be my 1st time masuk competition main game. Training mode on!,” tulisnya menerusi salah satu entri.
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.