Uncategorized

[Gambar] Serius Kelakar Tapi Sweet Bila Sharifah Shahira Throwback Momen Nikah 15 Tahun Lalu Dengan Ijoy

Share

Kami yang baca caption pun sama tergelak bila pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahira mengimbau kenangan indah sekitar majlis akad nikah bersama suaminya, Ijoy.

Terdahulu, pasangan selebriti ini berkahwin pada 28 Februari 2003 lalu. Menerusi perkongsian di Instagram (IG) peribadinya, Sharifah Shahira atau lebih mesra dengan sapaan Shiera memuat naik beberapa keping foto mereka berdua ketika majlis tersebut berlangsung, lengkap dengan butiran mengenai setiap momen yang berlaku di sepanjang perjalanan majlis akad nikah berlangsung.

Serentak dengan perkongsian tersebut, rata-rata para pengikutnya di IG turut merakamkan ucapan tahniah dan berdoa semoga hubungan suami isteri pasangan berkenaan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Foto: IG Shieraijoy

IKLAN