Uncategorized

[GAMBAR] Selepas Kapak ‘Supreme’, Instafamous Asyraff Mazlan Tayang Sampan, Kayak Dan Life Jacket Pula!

Share

Tular di media sosial apabila Instafamous Asyraff Mazlan menggunakan kapak jenama Supreme pada hari Raya Korban, Rabu lalu.

Terbaru, usahawan ini juga telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagramnya dengan peralatan seperti kayak, jaket keselamatan dan sampan yang menggunakan jenama yang sama.

Rata-rata netizen telah memberikan respon yang positif terhadap gambar tersebut dan menganggap itu adalah rezeki Asyraff.

Wah! Agak-agak lepas ni apa pula barang yang dipakai Asyraff ya?

Foto : IG Asyraff Mazlan

IKLAN