Uncategorized

GAMBAR] Selebriti Terkejut, Beri Dedikasi Buat Allahyarham Pak Ngah

Share

Semalam, Malaysia dikejutkan dengan pemergian komposer yang sinonim dengan lagu-lagu irama Malaysia, Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah.

Antara lagu-lagu yang sehingga kini masih diingati ramai adalah Cindai, Balqis, Ya Maulai, Hati Kama, Nirmala dan banyak lagi.

Ternyata pemergian beliau sangat ditangisi oleh para penggiat seni tanah air, di sini, MH kongsikan ucapan-ucapan takziah oleh para selebriti tanah air.

1. Erra Fazira

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Suhaimi Mohd Zain atau kita kenali sbg pak Ngah.. kini telah kembali kepada Pencipta.

 

“Cinta dan perjuangan PakNgah dalam memperkasakan irama melayu tiada siapa mampu menyangkalnya.. dan saya percaya beliau amat berharap akan ada penyambung perjuangannya agar tidak mati irama melayu di bumi sendiri.

 

“Saya pernah bekerjasama dgn PakNgah utk bbrp kali dan lagu ciptaanNya utk saya yg melekat dihati saya ialah lagu hari raya GEMA LEBARAN.

 

“Terima kasih pakNgah diatas segala nasihat dan tunjuk ajar kpd saya selama ini. Moga arwah ditempatkan bersama HambaNya yg soleh dan baik disisi Allah.

 

“Teman2 semua, Utk hanya seminit dua.. marilah kita sama sama sedekahkan AlFatihah buat Suhaimi Mohd Zain moga rohnya dicucuri Rahmat yg Maha Esa. Amiiiinn. ALFATIHAH,” tulisnya.

2. Datuk Seri Siti Nurhaliza

“Al-Fatihah,” tulisnya.

 

3. Anuar Zain

“Al-Fatihah buat arwah dan juga buat semua yang telah pergi mendahului kita. Salam Takziah dari kami semua di Anuar Zain Network buat kaum keluarga dan sahabat arwah,” tulisnya.

 

4. Noraniza Idris

“@pakngahsuhaimi Sememangnya harini menjadi sejarah buat semua rakyat Malaysia kerana kita kehilangan sebutir permata negara yang banyak menaburkan baktinya utk selama2nya. 

 

“Pemergiannya di ambang tahun kelahirannya yg ke60. Perjuangannya jelas . Saat #iramamalaysia masih terkapai2 memerlukan kehadirannya, dia pergi meninggalkan kita buat selama2nya. Reda.. dan terus reda. Sampai masanya dia pergi dan kami telah sedia reda,” tulisnya.

 

5. Afieq Shazwan

“Assalammualaikum ucapan takziah buat keluarga arwah kerana teringat dulu waktu kecik saya giat aktif dengan lakonan teater #muzikaltunmahathir di Istana Budaya beliau lah yang menyedari saya berbakat dan sesuai untuk memegang watak tersebut and he’s one of music director yang compose lagu2 didalam muzikal tersebut ya allah kau letakkan beliau di tempat orang2 yang beriman ya amin. Al fatihah,” tulisnya.

IKLAN