Isteri usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Nur Shahida Mohd Rashid berkongsi kisah dia kini kurang tidur kerana anak bongsunya, Yusoff Al-Qardawi tidak sihat dan meragam.
Namun, dia sedar itu semua adalah tanggungjawab seorang ibu malah berdoa agar kesakitan itu berpindah kepadanya pula.
“Muka dah 2 hari x tido malam sebab @yusoffalqardawi meragam x sihat tapi kalau jadi mak2 ginilah pengorbanan seorang mak.
“Tak tido pun x apa janji anak tido, x makan pun x pe janji anak makan, kalau boleh pindah kesakitan pun rasa nak pindahkan sebab x sampai hati tengok anak sakit,” tulisnya di Instagram.
Susulan itu, di ruangan komen kelihatan ramai para ibu yang menyokong kenyataan Nur Shahida itu. Kebanyakan mengatakan bahawa ‘ibu mana yang sanggup melihat anak sakit’.
Sebelum ini, Nur Shahida ada berkongsi bahawa Yusoff sudah beberapa hari mengalami demam dan tidak lalu makan.
Foto/Instagram: Datin Seri Shahida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kecoh di Twitter apabila Jennifer Niven memuat naik foto mesra bersama seorang lelaki mirip Joe Alwyn iaitu kekasih Taylor Swift dengan kapsyen ‘dearlovelies, I saidyes…’
Terkejut dengan foto yang disebarkan, peminat cukup kecewa dan terkejut kerana menyangka ratu pop ini putus cinta buat sekelian kalinya.
Taylor sebelum ini sinonim dengan kisah cinta pakai buang dengan beberapa selebriti, termasuk Taylor Lautner, John Mayer, Jake Gyllenhaal dan Harry Styles.
Namun, Jennifer di laman Instagram telah memuatnaik foto lain dan nyata tunangnya memiliki wajah seiras Joe Alwyn. Bolehlah netizen tarik nafas lega kan?
Foto : Instagram Taylor Swift, Jennifer Niven
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Syada Amzah atau nama sebenarnya Nursyuhada Amir Amzah merupakan adik kepada penyanyi popular Shila Amzah yang sentiasa mendapat perhatian ramai, khasnya menerusi media sosial.
Sering berkongsi video di Instagram, Syada juga memiliki keunikan suara yang hebat dan berkebolehan menyanyikan pelbagai genre lagu.
Pelakon, Lufya Omar meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang individu yang melabelkan dirinya dan rakan-rakan usrah sebagai ‘rapist enabler’ hanya kerana bergambar bersama isteri kepada pendakwah bebas, Dai Syed iaitu Hana Ismail.