Uncategorized

[GAMBAR] Sekitar Majlis Kesyukuran, Akikah Puteri Fizo Omar dan Mawar, Wan Maryam Wan Hafizol

Share

Pelakon dan pengacara, Fizo Omar dan isterinya, Mawar Karim telah pun mengadakan majlis kesyukuran dan akikah puterinya, Wan Maryam Wan Hafizol, Sabtu lalu. Majlis yang dilangsungkan secara sederhana tetapi meriah itu turut dihadiri ahli keluarga, sahabat handai dan teman media. Fizo dan isterinya tampil sedondon menerusi persalinan serba putih.

Maryam yang dilahirkan pada 29 Disember 2017 lalu.

Menerusi Instagram, Fizo merakamkan ucapan terima kasih kepada tetamu yang hadir sambil mengharapkan doa ramai agar Maryam menjadi anak solehah dimakbulkan.

“Untuk makluman, Maryam dilahirkan pada 29 Disember 2017 secara pembedahan di Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur. Alhamdulillah selesai majlis kesyukuran dan akikah Wan Maryam Wan Hafizol.

 

“Terima kasih kpd smua yg hadir dan semoga doa kita semua dimakbulkan anak ini menjadi anak yg solehah,” tulisnya.

Terdahulu, Fizo atau nama lengkapnya, Wan Hafizul Wan Omar, 32, mendirikan rumah tangga dengan Mawar, 28, pada 10 November 2013.

Foto: Instagram Fizo Omar

IKLAN