Uncategorized

[GAMBAR] “Sado-Sado Nak Pergi Mana?”- Penampilan Sado Hafidz Roshdi Tarik Perhatian

Share

Susuk tubuh pelakon, Hafidz Roshdi yang kini tampil lebih sado (sasa) daripada sebelumnya mendapat perhatian netizen.

Apa taknya, pelakon drama Cinta Tiada Ganti itu sering memuat naik foto dan videonya di laman Instagramnya sedang ‘work out’. Nampaknya hasil penat lelahnya membuahkan hasil.

“Dah dapat momentum balik #Day8 #BeastMode,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, memang ramai yang meninggalkan komen memuji penampilan Hafidz itu.

Wow! Makin ramai pelakon yang mempunyai susuk sado sekarang ini. Apa-apapun, yang penting kesihatan kena jaga juga ya!

Foto: Instagram Hafidz Roshdi

IKLAN