Pelakon Ruhainies genap berusia 28 tahun ini. Bagaimanapun, sambutan ulang tahun kelahirannya baru-baru ini meraih perhatian ramai gara-gara kek yang dipersembah bagi meraikan ‘baby girl’.
Apa pun, bintang Jejak Karmila ini kekal positif dan terima perhargaan dari semua seadanya.
Istimewa kal ini, MH bariskan juga lagi sembilan selebriti yang sebenarnya seusia dengan Ruhainies yang dilahirkan pada tahun 1992.
Sepanjang tempoh bergelar anak seni, pelbagai pencapaian yang dilakar mereka.
Malah ada di antaranya sudah pun berkeluarga atau sedang menantikan cahaya pertama. Jom ketahui siapa mereka!
Nadzmi Adhwa mendedahkan isterinya, Ardell Aryana seorang ibu yang sangat kuat ketika fasa mengandungkan anak permata mereka, Arwa Malaikha Urwa.
Meskipun sarat hamil ketika melakukan siri bantuan amal dan mengalami alahan teruk pada peringkat awal, namun pelakon wanita itu tidak pernah mengeluh.
Nadzmi menerusi kapsyen pada entri IG TV itu turut memaklumkan, usia bayi perempuan mereka kini sudah pun mencecah usia sebulan.
“Sekejap je awak dah sebulan. Abi nak urwa tahu yang umie @ardellaryana dan kamu sangat kuat. Semoga jadi anak yang solehah.
“Semangat kamu 9 bulan dalam kandungan . Masa awal -awal mengandungkan kamu umie sampai tido dalam toilet abi teman sebab kan muntah muntah alahan yang teruk.
“Lepastu pergi ke Thailand umie mengidam macam macam masatu tak tahu kamu dah ada dalam perut. Banyak tempat umie kamu bawa kamu.
“Pergi hantar bantuan di Syria, Turkey, selama 22 hari. Umie kamu pengsan di Istanbul masa nak hanta bantuan di rumah anak anak yatim Syria, abie angkat bawa balik hotel tapi tak pernah pun dia mengeluh,” tulisnya.
Pelakon Hati Perempuan itu turut insafi diri ketika mengenangkan kegigihan si isteri yang berbadan dua.
“Tengok kesusahan dia bawa kamu mengajar abi banyak perkara. banyak kenangan indah masa kamu dalam perut umie. Dalam Malaysia ni umie masuk hutan sana sini hanta bantuan pun kamu ikut sekali dalam perut.
“Setiap kali nak pergi hantar bantuan tak pernah sekalipun umie mengeluh atau mengadu sakit sakit badan atau penat kerana bawa kamu kesana kesini.
“Semoga kamu membesar menjadi anak yang solehah, Dan semoga Allah pelihara kamu dunia dan akhirat. Umie kamu wanita yang sangat istimewa di hati abi, perempuan yang sangat kuat dan hebat, seorang isteri yang terbaik untuk abi.
“Semoga jodoh kita kekal hingga jannah. Amin. Terima kasih sayang kerana melahirkan anak kita.
“Saya akan sentiasa ada bersama awak ! You both are the greatest gift Allah gave me. New journey begins,” titipnya lagi.
Versi penuh video tersebut yang juga boleh ditonton di saluran YouTube mereka antara lain turut merakamkan proses bersalinkan Urwa.
Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019 dan mereka kemudiannya berkongsi berita gembira mengenai kehamilan anak Disember lalu.
Penyanyi, Amira Othman ada berkongsi nasihat bersama peminatnya di akaun Instagram miliknya, beberapa hari yang lalu.
Penyanyi lagu Hati-Hati ini akui untuk menjadi seorang manusia yang baik bukan satu perkara yang mudah dan perlu cekal untuk melakukan kebaikan.
Selain itu, Amira menyarankan kepada semua untuk berbuat baik antara satu sama lain.
“Selalu tak rasa susah sgt nk jadi org baik? Kadang jadi baik pun belakang ada org ngumpat, tak suka. Atau kadang nk berubah baik sekejap je pastu tak boleh isitqamah.
“Tp ustaz Syed pesan smlm berbuat baiklah pada semua org. Be nice to everybody. Nanti Allah dtgkan segala yang baik2 utk kita.
“Jodoh, rezeki, kesihatan, kebahagiaan & banyak lg. insyaAllah. Thank you kak @salimahabibi & ustaz @syedkadir for having us,” tulisnya.
Guru Matematik yang mencuri perhatian di media sosial, Sir Race tampil dengan kejutan istimewa sempena Aidilfitri tahun ini apabila melancarkan lagu raya, Bah Selamat...