Uncategorized

[GAMBAR] Ranking Markah Peserta GV5 Minggu Pertama, Amelina Paling Vazz Diikuti Zamani Dan…

Share

Minggu pertama Gegar Vaganza musim kelima (GV5) yang melabuhkan tirainya semalam memberi ruang terbaik buat para finalis untuk memberikan persembahan terbaik minggu depan.

Meski mengalunkan lagu hits masing-masing pada awal saingan konsert sebagaimana musim terdahulu, kualiti persembahan peserta tahun ini juga dilihat lebih mencabar berbanding musim sebelumnya.

Ketua juri, Datuk Ramli M.S menyifatkan kebanyakan para peserta menghadapi masalah gugup hingga menjejaskan kualiti persembahan secara tidak langsung.

“Bila saya dengar ketika sesi sound check, Dia Fadila misalnya. Dia seorang guru vokal. Dia menyanyi tadi tiada cacat cela sebab sisi teknikalnya sangat kuat, tetapi dia tak ada nilai intelektual misalnya dari segi kreativiti.

 

“Bila kekegugupan datang tu, ia ibarat ‘membunuh’ apa yang mereka ingin persembahan pada minggu pertama,” katanya pada sidang media, sejurus konsert pertama selesai. 

Tiada penyingkiran untuk konsert pertama, ini dia ranking markah para peserta mengikut turutan.

Amelina – 73.8%

Zamani – 72.3%

Rio Shafie – 64%

Mya Ruslee – 63%

Dia Fadila – 58.9%

Forteen – 55.6%

Hetty Sarlene – 54.5%

Farawahida- 53.3%

Safura – 53.1%

Noryn Aziz – 51.9%

Billy Zulkarnain – 49%

Elite – 46.7%

 

Juara program GV5 yang bersiaran setiap Ahad di Astro Ria dan Ria HD bakal merebut wang tunai RM100,000 berserta trofi. Naib juara RM50,000 sementara tempat ketiga pula mendapat RM30,000.

Terdahulu, Ayai Ilusi merupakan juara musim pertama, Siti Nordiana pada musim kedua, Azharina musim ketiga dan musim keempat menobatkan Aishah sebagai juaranya.

 

 

 

 

IKLAN