Baru beberapa hari yang lalu MH ada terbaca keluhan peminat Jihan yang tertanya-tanya mengapa sehingga kini Jihan Muse langsung tidak mendedahkan wajah anaknya walaupun kini sudah memasuki bulan ke-2.

Namun terbaru, melalui media sosial, MH ada terlihat beberapa gambar Majlis Aqiqah putera kesayangan pelawak wanita popular ini…

Aduh comel betul! Apa yang boleh MH katakan anak Jihan, Ungku Arsalan Haq memang comel dan putih melepak.

Manalah tak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi bukan? Tidak dinafikan Ungku Arsalan memang memiliki wajah yang kacak persis bapa dan comel seperti ibunya.

Okay Tak nak cakap banyak, korang tengok sendiri gambar-gambar sepanjang majlis akikah yang berlangsung semalam.

MH difahamkan majlis ini telah dihadiri oleh ahli keluarga serta teman rapat dengan bertemakan ala-ala arabian.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI