[GAMBAR] Puan Sri Normala Selamat Terima Menantu, Dr Ruhila Kini Sah Bergelar Isteri

Share

Tahniah diucapkan buat Puan Sri Normala Samsudin yang telah pun selamat menerima menantu selepas anak perempuannya, Dr Ruhila Roslan selamat mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan hati, Majid Nazli hujung minggu lalu.

Selepas sesi ijab kabul berjalan sempurna, pasangan raja sehari diraikan keluarga dan kenalan di Glass House Seputeh.

Keduanya tampak segak dan anggun mengenakan persalinan sedondon putih.

Bekas personaliti televisyen yang juga juri program Ratu Hijabista musim pertama itu turut berkongsikan momen indah pasangan mempelai menerusi akaun Instagram miliknya.

Sama cantik sama padan, semoga bahtera perkahwinan yang dibina kekal berkekalan hingga ke jannah.

Foto: Instagram Puan Sri Normala Samsudin

 

IKLAN