Tahniah diucapkan buat Puan Sri Normala Samsudin yang telah pun selamat menerima menantu selepas anak perempuannya, Dr Ruhila Roslan selamat mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan hati, Majid Nazli hujung minggu lalu.
Selepas sesi ijab kabul berjalan sempurna, pasangan raja sehari diraikan keluarga dan kenalan di Glass House Seputeh.
Keduanya tampak segak dan anggun mengenakan persalinan sedondon putih.
Bekas personaliti televisyen yang juga juri program Ratu Hijabista musim pertama itu turut berkongsikan momen indah pasangan mempelai menerusi akaun Instagram miliknya.
Sama cantik sama padan, semoga bahtera perkahwinan yang dibina kekal berkekalan hingga ke jannah.
Foto: Instagram Puan Sri Normala Samsudin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bukan Semua Ada Hubungan Renggang,”- Ibu Mertua Kerap Kali Buat Majlis Doa Selamat, Anzalna Nasir Rasa Paling Bertuah!
Pelakon Anzalna Nasir ada berkongsi beberapa video di Instagramnya yang melihatkan dia bersama ibu mertua dan rakan-rakan lain mengadakan doa selamat.
Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan alunan merdu kumpulan marhaban.
“Bukan semua ibu mertua dan menantu mempunyai hubungan yang renggang. Saya sangat bertuah kerana memiliki seorang ibu mertua yg penyanyang dan melayan saya macam anak sendiri..
“Sejak pregnant, kerap sekali ibu mertua buatkan majlis doa selamat for me and my baby. Alhamdulillah.. Semoga Allah permudahkan segalanya. Salam jumaat everyone. Swipe left,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on
Lalu, netizen turut memuji keakraban Anzalna dengan ibu mertuanya itu.
Dalam perkembangan lain, isteri kepada Muhammad Zaki itu menanti detik untuk bergelar ibu tidak lama lagi.
Foto : IG Anzalna
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ulang Tahun Kelahiran Abah, Feeya Iskandar Harap Diberi Kesihatan Yang Baik ; “Agar Dapat Akak Berbakti & Membalas Jasa…”
Penyampai radio Suria FM, Feeya Iskandar atau lebih mesra dengan panggilan Cik Piah menitipkan ucapan bersempena ulang tahun kelahiran bapa tercinta, Iskandar Azizan.
Titip Cik Piah menerusi Instagram, dia mengharapkan bapanya dipanjangkan umur serta diberikan kesihatan yang baik.
Tambahnya lagi, sebagai anak, pastinya dia mahu berbakti dan membalas jasa orang tua.
“Happy birthday abah,semoga Allah sentiasa berikan kesihatan yang baik buat abah agar dpt akak berbakti dan membalas jasa abah,” tulisnya.
Pada masa sama, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini amat teruja untuk pulang ke kampung halaman menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.
“Semoga dimurahkan rezeki. Sihat selalu, tunggu kepulangan anakmu di hari raya nanti. Yak yak yeay kita raya johorrrr akak sayang abah,” tulisnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Feeya Iskandar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tiga Tahun Saya Kumpul Duit…,” – Aina Abdul Beli Mikrofon Mahal Demi Kepuasan, Bukan Nak Bersaing Dengan Penyanyi Gred A Lain
Penyanyi yang semakin meningkat naik, Aina Abdul mengakui memiliki mikrofon sendiri memudahkan dirinya untuk membuat persembahan selain mampu memberikan yabg terbaik buat yang menonton.
Malah jelas Aina, impiannya untuk memiliki mikrofon sendiri sebenarnya sudah terpendam lama, iaitu lebih tiga tahun lalu.
“Hasrat memiliki mikrofon sendiri sudah lama tercetus dalam diri. Sekitar tiga tahun lalu. Maklumlah, apabila melihat artis senior memiliki mikrofon sendiri, kita pun pasang impian ingin memiliki mikrofon seumpama itu.
“Selepas melihat ulasan dan mendengar maklum balas yang bagus daripada pengguna mikrofon berjenama sama, saya memutuskan untuk membeli.
“Tiga tahun saya kumpul duit untuk memilikinya. Alhamdulillah, akhirnya saya dapat juga merasa menggunakan mikrofon milik saya sendiri,” katanya.
Penyanyi lagu Semalam itu berkata demikian sejurus sidang media Konsert Patriotik Tanah Airku di Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menjawab pertanyaan sama ada dia kini sudah boleh berdiri setanding dengan penyanyi lain seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Hafiz Suip dan Misha Omar yang turut memiliki mikrofon sendiri, Aina menyifatkan masih jauh perjalanannya yang harus ditempuh dalam bidang seni untuk setara dengan mereka.
“Masih jauh perjalanan saya. Tetapi, sekurang-kurangnya, saya dapat merasai apa yang mereka rasa, memegang mikrofon yang dibeli sendiri. Dan apa yang penting, nyanyian saya dengan menggunakan mikrofon sendiri membuatkan saya lebih selesa.
“Alasan utama saya untuk memiliki mikrofon sendiri adalah kerana lagu-lagu saya semuanya bernada tinggi. Jadi, saya memerlukan mikrofon yang tidak meletihkan saya.
“Untuk setanding dengan artis gred A itu tidaklah, tetapi lebih kepada untuk menjadi Aina Abdul yang lebih baik,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan mikrofon yang dimiliki Aina berharga puluhan ribu ringgit sekaligus memberi andaian kemungkinan ‘harga’ Aina Abdul juga akan meningkat.
Jawanya ringkas sambil ketawa;
“Harga saya tidak tahu, kena tanya pengurus,” katanya yang muncul menerusi Konsert Patriotik Tanah Airku di Istana Budaya pada 6 November 2021.
Menerusi konsert itu, Aina bakal bergandingan dengan beberapa penyanyi popular lain seperti Ernie Zakri dan Syamel. Tiket mula dijual di Istana Budaya pada 1 November depan.
Foto: Instagram Aina Abdul
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI