Uncategorized

[GAMBAR]  “Pilu Menyelubungi Perasaan Bila…,” -Bazli Serah Wang Sumbangan Buat Keluarga Adam Rayqal

Share

Anggota Kumpulan UNIC meluahkan kesyukuran apabila niatnya ingin membantu ibu bapa Adam Rayqal dipermudahkan ALLAH SWT.

Semalam, dia bertemu dengan ibu bapa Adam Rayqal bagi memberikan wang sumbangan yang diterima dalam tempoh seminggu.

“Jika kita nak rasa bahagia, carilah kebahagiaan tu dgn cara membahagiakan org lain. Itulah yang kami kami belajar dalam pertemuan ringkas malam tadi bersama keluarga tersayang Adam Rayqal, saudara sufi dan farah.

“Terobek… awal pagi selepas viral berita menggemparkan, kesedihan seluruh rakyat Malaysia. rasa tak sedap hati kasihan dan sayang, saya terus iklankan d instagram saya dan @amalaofficial sumbangan ikhlas kasih sayang untuk keluarga ini dalam tempoh seminggu.

“Alhamdulillah sumbangan rakyat Malaysia juga dari Singapora dan Brunei DM/PM saya turut menyumbang dan terkumpul sebanyak RM11, 240.

“Sebagai simbolik malam tadi dalam sampul hanya ada sebahagian wang selebihnya kami ‘bank- in’ terus.

“InsyaALLAH saya dan team akan teruskan usaha kecil ini dan memanfaatkan kepercayaan yang diberi. Terima kasih @asiahabubakar90 dan rakan2 team @amalaofficial.

“Terima kasih anakanda yang drindui @syahid_bintangsyurga atas inspirasi untuk ayah mama #syahid #bintangsyurga #amala #adamrayqal,” tulisnya di Instagram.

Alhamdulillah, niat baik selalunya ALLAH SWT akan permudahkan. Semoga, dengan sumbangan yang tidak seberapa itu dapat membantu insan yang memerlukan.

Foto: Instagram Bazli UNIC

IKLAN