Uncategorized

[GAMBAR] Percaya Atau Tidak, Victoria Beckham Miliki Lebih 100 Beg Hermes Birkin Yang Cecah Nilai Sehingga…

Share

Isteri kepada bintang bola sepak dunia David Beckham, Victoria Beckham diakui sebagai antara figura paling glamor, antara yang dikenali di dunia. Bukan hanya kerana sejarah muziknya bersama Spice Girls yang masih diminati sehingga kini, selera fesyen ibu beranak empat ini juga tidak boleh dinafikan ramai.

Bergelar pereka fesyen kini, Victoria atau lebih sinonim digelar Posh Spice turut dikatakan mempunyai koleksi sehingga 100 buah beg termahal, Bikrin Hermes!

Pendedahan tersebut dibuat media tempatan apabila bintang ini sering mengenakan beg jenama tersebut sebagai pelengkap gaya dalam pelbagai rona yang rata-ratanya terdiri daripada edisi terhad, jarang dipakai mana-mana wanita.

Malah pada tahun 2000, Victoria turut menerima hadiah beg jenama sama daripada suaminya yang dianggarkan bernilai lebih USD120,000. Dikatakan juga, kesemua beg tersebut andai dicampur nilainya, boleh mencecah sehingga USD2 Juta!

Foto: Carian Google

IKLAN