Hangat diperkatakan sejak lewat petang semalam apabila pelakon Ariff Aziz dan penerbit drama, Datuk A.Aida mengumumkan penceraian dengan talak satu.
Malah, A.Aida turut mendedahkan status bekas suaminya sebagai duda tiga hari sebelum mereka keduanya bernikah.
Jelas wanita berusia 49 tahun itu seperti yang dilaporkan media, meski terkejut akan status berkenaan (duda) pada awalnya, namun dia dapat menerima berita itu tanpa emosi.
Sementara itu, di Instagram Ariff pula, dilihat gambar yang dikongsikannya itu dihujani komen ‘nakal’ netizen khususnya kaum Hawa.
Sudah semestinya sambutan hari raya aidilfitri akan bertambah ceria dan gembira apabila di sambut bersama dengan orang yang tersayang.
Pasangan sejoli, Fasha Sandha dan Aidil Aziz ada memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.
Kongsi Fasha, sambutan hari raya aidilfitri tahun ini sangat istimewa kerana dia dan suami menyambut syawal sebagai pasangan suami isteri.
“Our first raya together.Syukur Alhamdulillah Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin Buat Semua Tahun ni @itsaidilaziz pilih untuk beraya di Perlis dulu, Alhamdulillah”tulisnya.
Syafiq Kyle tidak bersetuju mengenai sesetengah pendapat yang mengatakan ‘saham’ atau populariti seseorang artis itu akan mulai menurun sekiranya mereka secara terbuka mengakui sudah mempunyai kekasih hati.
Malah kongsinya kepada MH, peminat sebenarnya meminati seseorang artis itu daripada pelbagai sebab dan cara.
“Rasanya saya punya peminat hadir apabila saya mempersembahkan kualiti lakonan yang baik, mungkin ada juga yang minat kerana fizikal.
“Atau mungkin kerana selepas berlaku sesuatu yang sensasi terhadap diri saya. Mungkin sebab apa saya pun tak pasti.
“Akan tetapi apa yang saya nampak, peminat yang masih setia dengan saya adalah mereka yang gemarkan lakonan saya. Merekalah yang masih ada dengan saya dari dulu hinggalah sekarang.
“Jadi pada rasanya, merekalah peminat yang berkualiti. Akan tetapi saya pun tak menafikan, mereka pun terdiri daripada peminat artis-artis lain juga,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, bintang drama bersiri, Bukan Cinta Aku di samping Janna Nick, dan Baim Wong turut menjelaskan, apa yang lebih penting adalah peminat yang mempunyai kualiti tersendiri.
“Saya ambil contoh Datuk Seri Siti Nurhaliza. Kenapa orang kata dia nombor satu, sebab dia ada kualiti dan begitu juga dengan para peminatnya.
“Lalu apa yang saya minta peminat lakukan ialah semoga mereka hargai saya punya kerja. Tetapi dari segi mereka untuk tahu perihal kisah peribadi, rasanya saya perlu juga berikan kerjasama dengan orang yang meminati saya.
“Cuma apa yang boleh kongsi mengenai kisah peribadi, hanya setakat itu sahajalah sebab saya pun tak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan,” terangnya lagi.
Syafiq berkata demikian sebagai menjelaskan perihal hubungannya sama pelakon yang kian meningkat naik namanya, Mimi Lana.
Bintang cantik tinggi lampai itu turut sama terlibat di dalam Bukan Cinta Aku, mendukung peranan sebagai Qisha selain berganding sama menerusi filem Pusaka.
Foto: Instagram Syafiq Kyle
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pelakon tampan Idris Khan atau nama sebenarnya, Idris Khan Abdul Ghaffar Khan yang sering menjadi perhatian peminat.
Malah, fizikal serta kisah sensasi yang terpalit membuatkan namanya sering jadi bualan ramai.
Seperti yang pernah dikongsi Idris sebelum ini, dia mengakui kini menjalin hubungan percintaan bersama wanita cantik, Sanaa Jaffer.
Idris dan gadis Maghribi itu telah menjalinkan hubungan percintaan hampir 3 tahun.
Menerusi laman media sosial Instagram milik Sanaa, ada berkongsi gambar yang kelihatan seksi dan mengoda.
Lalu, gambar tersebut sekaligus menjadi perhatian pengikut di laman media sosial berkenaan. Malah, perkongsian Sanaa mendapat reaksi yang pelbagai daripada pengikutnya.
Terdahulu, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada Disember tahun lalu di Korea.
Foto : Instagram Idris Khan, Sanaa Jaffer
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.