Categories: Uncategorized

[GAMBAR] ”My First Photo Hello Everyone!,” – Anuar Zain Cipta Akaun Instagram

Share

Penyanyi Anuar Zain kini baru sahaja mempunyai akaun media sosial Instagram. 

Menggunakan akaun dengan nama @anuarzain70, penyanyi yang popular dengan lagu Lelaki Ini telah menubuhkan laman Instagram Rabu lalu jam 7 petang.

Gambar pertama yang dimuat naik adik kepada Ziana Zain itu adalah gambar ‘throwback’ 

ketika zaman kanak-kanaknya.

“15th February 1990. Eh! 15th February 1970 bersamaan 8 Zulhijjah 1389 Hijrah..

 

Comelnya. Anak siapalah ni. Finally my first post! Hi everyone!,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Sebelum ini, perkongsian kariernya dikongsikan melalui Instagram @anuarzainnetwork.

Untuk rekod, Anuar kini mempunyai lebih 5,000 pengikut di laman sosial peribadinya itu

IKLAN