Uncategorized

[GAMBAR] Muat Naik Foto Pakai Baju Pengantin, Netizen Mulai ‘Usik’ Ayra Segera Kahwin Dengan Sufian Suhaimi

Share

Beberapa minggu lalu, Sufian Suhaimi telah dikaitkan konon sedang bercinta dengan model, Ayra Messi.

Baru-baru ini, Ayra telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram yang melihatkan dia mengenakan busana pengantin.

Tampil menyarungkan gaun perincian putih, kecantikan gadis berusia 21 tahun itu telah menarik perhatian ramai.

Justeru, ada netizen mulai ‘mengusik’ Ayra dengan penyanyi lagu Di Matamu, Sufian Suhaimi supaya cepat-cepat naik pelamin.

Bagaimanpun, tujuan Ayra berpakaian sedemikian adalah bagi mempromosikan pakaian pengantin untuk sebuah butik.

Di samping itu, Ayra baru sahaja menamatkan pengajiannya di International Islamic University Malaysia (IIUM).

Foto : Instagram Ayra Messi

IKLAN