Uncategorized

[Gambar] Masih Ingat Filem Kisah Couple Remaja Tragis, The Fault in Our Stars?

Share

MH percaya, bagi kebanyakan pencinta novel remaja, pasti korang sinonim dengan novel, The fault in Our Stars tulisan penulis prolifik, John Green bukan? Sehingga kini, versi filemnya kekal menjadi antara filem kisah cinta remaja yang cukup diminati!

The Fault in Our Stars, mengisahkan pasangan kekasih, Hazel Grace Lancaster (lakonan Shailene Woodley) dan Augustus Waters (Ansel Elgort) yang sama-sama mengidap barah yang berlainan, namun keduanya kekal berisiko untuk meninggal dunia pada bila-bila masa sahaja.

Lalu pertemuan kali pertama menerusi insiden ‘berlanggar bahu’ di sebuah pusat terapi pesakit barah telah membuahkan rasa cinta di antara keduanya. Kemudian selepas percintaan makin mekar, wujudlah pelbagai konflik yang secara dasarnya adalah disebabkan masalah kesihatan yang dihadapi mereka.

Ditayangkan di seluruh dunia lebih tiga tahun lalu, filem arahan Josh Boone ini menerima reaksi positif oleh kebanyakan pemerhati filem. Rata-ratanya memuji perjalanan cerita yang tidak perlu dibuat-buat untuk mengekspresikan rasa sedih kepada penonton.

Jom MH payung throwback beberapa scene menarik di dalam filem yang berjaya mengaut kutipan tiket lebih AS$300 juta USD ini. Aduhai…romantik kan??

IKLAN