Uncategorized

[GAMBAR] “Makin Berseri Mawar Sejak Pregnant,” – Komen Netizen Bila Mawar Rashid Tayang ‘Baby Bump’

Share

Pelakon, Mawar Rashid memuat naik foto terbarunya di Instagram semalam menunjukkan sedikit ‘baby bump’nya.

“What is the best caption for my expression & pose?,” tulisnya.

Susulan itu, menjengah di ruangan komen kelihatan ramai netizen memberikan kata-kata pujian buat bakal ibu itu.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang mendoakan agar Mawar dipermudahkan segala urusan semasa bersalin kelak.

Sebelum ini, Mawar dan suaminya, pelakon, Raf Yaacob berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagram masing-masing.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada November 2017. Menerusi perkahwinan terdahulu, Raf mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Raden Ahmad Rayyan, 7 tahun dan Raden Raysaa Chanela, 3 tahun.

Foto/Instagram: Mawar Rashid

IKLAN