Uncategorized

[GAMBAR] “Macam Sepadan Je,” – Gara-Gara Pakai Baju Pengantin, Ramai Setuju Nina Iskandar & Azrel Ismail Dikahwinkan!

Share

Pelakon Nina Iskandar telah memuat naik sekeping foto di Instagramnya yang melihatkan dia mengenakan busana pengantin bersama pelakon Azrel Ismail baru-baru ini.

Bertemakan warna biru, gambar ‘raja sehari’ itu turut disertakan kapsyen yang ‘mengundang’

“Thanks for all the doa’s,” tulisnya.

Sekali gus, gambar tersebut telah mendapat perhatian netizen yang beranggapan mereka amat secocok dan sepadan.

Tidak kurangnya, ada juga netizen yang mendoakan agar mereka dapat disatukan bersama.

Walaubagaimanapun, foto tersebut hanyalah satu babak dalam sebuah drama Isteri Dalam Sangkar yang bersiaran di kaca televisyen.

Terdahulu, gambar Hefny Sahad dan Wanna Ali telah menjadi tanda tanya netizen apabila mereka dikatakan sudah bernikah.

IKLAN