Uncategorized

[GAMBAR] ‘Macam Duduk Dalam Akuarium Ikan’ – Pelamin Resepsi Yuna Dapat Pujian Netizen

Share

Minggu lalu penyanyi terkenal, Yuna telah sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya Adam Sinclair hanya dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan pasangan ini telah diadakan secara tertutup di sebuah resort di Bentong, Pahang.

Kalau sebelum ini pelamin nikah Yuna mendapat perhatian ramai kerana keunikannya kali ini pelamin di majlis respsinya pula mendapat pujian yang tidak putus-putus daripada netizen.

MH tak nafikan pelamin majlis resepsi Yuna dan Adam yang berlangsung semalam di Putrajaya memang sangat cantik sehinggakan ada di antara netizen yang mengatakan pelamin Yuna seperti duduk di dalam akuarium ikan. Maklumlah selalunya dalam akuarium kan dihiasi dengan dekorasi cantik untuk ikan-ikan berenang.

umai_azhar: @norhartini.noe mcm dok dlm akuarium ikan nohh ??

ichuck_taylor: Fantastic!!!!! Major love!!!!

shthaherah: Masyallah cantik sgt sgt

Ok lah jom MH belanja korang gambar pelamin Yuna dan Adam confirm ramai yang jatuh hati dengan pelamin dorang.

Sumber: Instagaram Reka Teemor, Hatta Dolmat & Zery Zamry

IKLAN