Uncategorized

[GAMBAR] Lima Anak Lelaki Selebriti Kita Yang Boleh Buat Hati Para Gadis ‘Cair’, Handsome Sungguh!

Share

Dalam perkembangan media sosial sekarang, sesiapa sahaja boleh dikenali dan pastinya ada di antara anak para selebriti kita tidak kurang yang turut menerima tempias populariti ibu atau bapa masing-masing. Tambah lagi kalau yang cantik dan kacak kan?

Kali ni, MH nak paparkan barisan antara anak teruna selebriti kita yang memang mencuri tumpuan dek personaliti dan para fizikal mereka yang memang boleh bikin hati para gadis ‘cair’. Check it out!

Ia Hazip Macquistan 

Anak kepada pelakon Jasmin Hamid ini beberapa bulan lalu tiba-tiba menjadi perhatian ramai. Berbekalkan paras menawan, tidak hairanlah andai anak teruna berusia 17 tahun ini cepat ‘memancing’ mata ramai. Kata ibunya kepada MH, dia tidak kisah andai anaknya itu terjun dalam bidang seni, tinggal lagi perlu selesaikan pengajian dan mendapat keputusan cemerlang.

Luth Mikhail 

Memiliki barisan gigi dan senyuman menawan, anak lelaki pelakon dan pengarah Sheila Rusly ini juga turut menerima tempias populariti. Sehingga kini, laman Instagramnya sudah pun mempunyai lebih 140,000 pengikut.

Uzair Haqimy

Abang Luth juga tidak kalah apabila turut sama menjadi perhatian ramai. Menggunakan akaun Instagram @uzairhaqimy69, jejaka ini sudahpun mempunyai 106,000 pengikut.

Fareez Fauzi

Juara program Mentor Milenia ini merupakan anak kepada pelakon pelakon Fauzi Nawawi. Tidak mahu dibayangi bapanya, anak muda ini gigih mahu membina nama dalam dunia nyanyian dan lakonan.

Adam Eiman 

Berusia 20 tahun, anak tunggal kepada Datuk Hattan ini juga turut mendapat perhatian ramai.

Foto: Carian Google/ Instagram

 

 

IKLAN