Categories: Uncategorized

[GAMBAR] Lan Solo Kongsi Wajah Baby Xandra Selepas Dibedah

Share

Semalam anak kepada penyanyi popular, Lan Solo iaitu Nur Amna Quxandra atau lebih dikenali dengan nama Baby Xandra telah selamat menjalani pembedahan bibirnya.

Lan telah berkongsi rasa syukur yang tidak terhingga atas pembedahan anaknya yang berjalan dengan lancar. Dia juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan pembedahan anaknya dipermudahkan.

Selain meluahkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih, Lan juga turut berkongsi wajah Baby Xandra selepas menjalani pembedahan. 

Menerusi perkongsian di Instagram isteri Lan, Sheila Razlan juga dia turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua atas doa yang diberikan buat anaknya.

Alhamdulillah segala urusan Baby Xandra telah berjalan dengan lancar. MH doakan Baby Xandra membesar dengan sihat dan sentiasa diberi menjadi anak yang solehah buat ibu dan bapanya.

Sumber: Instagram Lan Solo & Sheila Razlan

IKLAN