Tidak dinafikan, setiap kali tibanya sambutan hari lahir dari artis popular, pasti akan ada di kalangan rakan-rakan yang akan beri reaksi, bahawa tarikh hari jadinya sama dengan kita.
Lebih menarik, ada di antaranya yang lahir pada bulan kemerdekaan negara.
Jadi kali ini, MH senaraikan tarikh lahir selebriti terkenal yang lahir bulan Ogos sebagai rujukan.
Manalah tahu, ada di antara tarikh yang kami senaraikan ini tersama dengan hari jadi kalian juga.
Demi menunaikan permintaan peminat, Ain Edruce dilihat ada melakukan sesi sesi ‘home tour’ di kediamannya.
Secara eksklusif, video tersebut dimuat naik Ain menerusi saluran YouTube miliknya.
Apa yang menarik, Ain atau nama penuhnya Nurulain Edruce antara lain turut bercerita perihal setiap perincian sudut dekorasi di rumah yang didiami.
Malah, hos program Hero Remaja 2020 ini turut memaklumkan ada dekorasi tersebut merupakan idea perkongsian bersama suami, Amirul Hafiz.
Bintang berusia 29 tahun ini juga sempat berkongsi tips dan nasihat kepada peminat jika ingin melakukan dekorasi di rumah.
“HOUSE TUA.. HOUSE TWA… HOUSE TUEWA… HOUSE TOUR,” tulisnya ringkas.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat teruja melihat kediamannya yang indah selain memuji sikap Ain yang sempoi dan merendah diri meski mendiami kediaman yang baik.
Terdahulu, Ain yang turut aktif dalam dunia komersial ini telah mendirikan rumah tangga bersama Amirul pada 13 Disember lalu.
Video: YouTube Ain Edruce
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak dinafikan, lagu Sampai Bila berjaya melakar pelbagai catatan manis dalam kerjaya penyanyi terkenal Misha Omar.
Lalu rentetan daripada sukses tersebut, penyanyi kelahiran Kelantan itu sering diasak persoalan daripada peminat yang bagaikan tidak sabar menanti kemunculan single terkininya.
Bagaiamanpun bagi Misha, desakan tersebut tidak sekali-kali memberinya tekanan, sebaliknya menyifatkan keterujaan peminat itu sebagai isyarat kehadirannya sentiasa dirindui.
Hampir dua tahun membuai emosi peminat dengan Sampai Bila, Misha akhirnya berkongsi berita gembira apabila single terbarunya, Tanpa Rela bakal menemui umum pada pertengahan bulan depan.
Single itu cukup memberi Misha kepuasan tersendiri, apatah lagi apabila berpeluang memberikan sentuhan untuk lagu berkenaan.
Selain bertindak sebagai komposer, turut sama terlibat di dalam pembikinan Tanpa Rela termasuk Sze Wan manakala Slen dan Zul bertindak sebagai penulis lirik di samping Misha sendiri.
Pada masa sama, Misha menjelaskan semangatnya hadir untuk menghasilkan melodi Tanpa Rela selepas mendapat inspirasi menerusi sambutan luar biasa yang diterima ketika menjayakan konsert This Is Misha di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) yang lalu.
“Selepas 18 tahun dalam industri muzik, saya terfikir mengapa tidak saya memulakan satu langkah ke hadapan dengan menghasilkan melodi.
“Biarpun proses penghasilan Tanpa Rela menuntut perjalanan yang panjang, saya bertuah kerana niat itu dipermudahkan apabila dipertemukan dengan pengarah muzik, Lee Sze Wan ketika menjayakan Konsert Soul Sisters di Istana Budaya, April tahun lalu.
“Dari situ, kami mula rapat hingga tercetus idea untuk menjalin kerjasama dalam penghasilan single terbaru ini. Saya bersyukur kerana Sze Wan banyak memberikan tunjuk ajar, malah sentiasa sabar melayani kerenah saya yang masih hijau dari sudut komposisi lagu,” katanya.
Mengakui kejayaan Sampai Bila turut mendorongnya untuk meletakkan standard lebih tinggi dalam penghasilan single terbaru, Misha berkata, perkara itu membuatkan dia begitu teliti sebelum melangkah ke studio rakaman pertengahan Julai lalu.
Tambahan pula, Tanpa Rela adalah single pertama ciptaannya dan Misha turut memasang harap agar lagu tersebut berjaya memenuhi kehendak pencinta muzik tempatan.
Lalu, Misha mempersiapkan diri dengan mengikuti kelas vokal secara lebih intensif bersama pensyarah vokal berkaliber, Datuk Syafinaz Selamat demi memastikan dia mampu memberikan penghayatan dan penyampaian terbaik untuk Tanpa Rela.
“Tanpa Rela memberikan banyak pengalaman manis untuk saya kenang. Tidak hanya menjadi lagu pertama yang saya hasilkan, saya juga teruja kerana buat kali pertama dapat bekerjasama dengan Datuk Syafinaz di studio rakaman sebagai penasihat dan pengarah vokal.
“Ia memberikan suasana yang berbeza buat saya. Sebelum ini, saya hanya melangkah ke studio rakaman untuk memasukkan vokal apabila semua proses awal sudah selesai.
“Tetapi untuk Tanpa Rela, saya terbabit dari awal. Bermula dengan mencari idea untuk menghasilkan melodi, seterusnya berbincang dengan Sze Wan dari segi susunan muzik, saya juga terbabit dalam penulisan lirik.
“Apabila semua proses awal selesai, saya mendapatkan khidmat Datuk Syafinaz untuk membantu dari sudut penghayatan dan penyampaian lagu. Ia bukan perjalanan yang mudah, malah kami banyak berbincang bagi menceritakan emosi yang diluahkan menerusi setiap bait lirik.
“Untuk karya pertama ini, saya tidak mahu syok sendiri, sebaliknya saya turut membuka ruang untuk bekerjasama dengan banyak pihak kerana mahu memberikan yang terbaik kepada semua.
“Jujur saya akui, saya berasa selamat kerana di sisi saya ada banyak tangan, termasuk penulis lirik berpengalaman, Slen yang sentiasa bersedia memberikan magis mereka untuk melihat Tanpa Rela mencatat kejayaan membanggakan,” katanya.
Meskipun proses itu ada ketika memberinya tekanan, malah pernah membuatnya sukar melelapkan mata, Misha berdoa segala usaha dan kerja kerasnya itu membuahkan hasil yang diharapkan.
“Selalunya apabila sudah membuat persediaan rapi, ia memudahkan lagi tugasan sebelum melangkah ke studio rakaman. Saya pula sebaliknya.
“Saya menjadi semakin takut dan tidak senang duduk, terutama apabila memikirkan harapan tinggi yang diletakkan peminat. Ia cukup membuatkan saya resah.
“Namun, saya percaya, apabila sudah memberikan sepenuh hati, usaha itu harapnya dapat sampai dekat di hati peminat. Itu lebih penting kerana dokongan peminat menjadi kekuatan untuk saya berdiri selama ini,” katanya.
Tidak menafikan, semakin tidak sabar menanti detik Tanpa Rela dilancarkan, Misha berharap, usaha itu memberikan anjakan supaya dia lebih bersemangat dan serius mengorak langkah menjadi insan seni disegani.
“Tanpa Rela memberikan makna yang begitu besar dalam kerjaya nyanyian saya. Prosesnya tidak mudah kerana semua pihak yang terbabit, terutama Sze Wan dan Datuk Syafinaz begitu teliti.
“Mereka mementingkan kesempurnaan dari semua sudut dan sebagai penyanyi, kepercayaan besar mereka membuatkan saya berasa dihargai serta disayangi.
“Saya berharap Tanpa Rela akan menjadi penyambung legasi Misha Omar dalam perjalanan menuju dua dekad sebagai insan seni,” akhirinya optimis.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Rita Rudaini ada memberi kata nasihat buat pengikutnya di laman media sosial Instagram.
Pelakon berusia 44 tahun ini berkongsi perihal amal ibadat solat yang diwajibkan kepada semua umat Islam.
Malah, ibu kepada dua orang cahaya mata ini menyarankan kepada semua agar tidak meninggalkan solat meski sering melakukan dosa.
Selain itu, Rita berpendapat ibadat solat merupakan satu kunci untuk kebahagiaan serta ketenangan hidup.
“SALAM JUMAAT Solat adalah kunci kebahgiaan, ketenangan, dan bukti kesyukuran. Apapun terjadi, banyak mana pun dosa kita, jangan tinggalkan solat,” tulisnya.