Tanggal 18 Februari 2014, pelakon dan pengacara Erra Fazira sah bercerai talak satu dengan Engku Emran di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Engku Aleesya yang kini berusia 10 tahun.
Sekali gus, Ratu Cantik Malaysia/World 1992 itu telah memegang status ibu tunggal beranak satu.
Menerusi Youtube Official Ria X : Chit Chat With Michael Ang, Erra menjelaskan gelaran janda bukanlah sesuatu yang memalukan.
Sebaliknya, sebagai satu kekuatan bagi wanita sepertinya.
“Janda itu adalah orang yang kuat. Sekiranya dia stay dalam rumah tangga, tapi hati tak bahagia, tak tenang, tak ada kedamaian, jiwa tak rela. Tak ada gunanya.
“Dia (janda) buat keputusan yang sangat berat, mungkin keputusan yang mereka buat keluarga tak suka atau kawan-kawan pandang sebelah mata , tapi janda ni lebih tahu apa yang dia nak.
“Jangan hiraukan apa orang nak cakap. Hidup kita bukan untuk org lain sebab mereka tak tahu susah senang, jatuh bagun golongan janda.
Kongsi Erra atau nama penuhnya, Fazira Wan Chek lagi, saat paling sedih adalah berpisah dengan anaknnya.
“Paling perit adalah berpisah dengan anak. Hati dan akal berkata kita sayang sesama manusia, tapi satu hari nnti kita akan berpisah mungkin disebabkan kematian atau anak akan berkahwin dan ikut suami juga.
“Sebagai seorang ibu, yang penting adalah kebahagaian anak. Saya akan sakit kalau anak saya tak happy,” kongsi Erra jujur.
Bersikap tenang dan matang, bintang Hingga Hujung Nyawa ini reda akan ketentuan Ilahi.
“Saya berbalik kepada Allah bahawa ini semua pinjaman. Tak ada yang kekal dalam dunia ini kecuali amalan kita untuk bekalan akhirat kelak.
“Jadi, target saya dengan anak adalah untuk berjumpa di syurga satu hari nanti.
“Saya pernah cakap dengan dia, Alisya, suatu hari nanti kita akan berpisah dan kita akan berjumpa di syurga, Insyallah,”akhiri Erra.
Terdahulu, Erra mendirikan rumah tangga dengan Yusry Abd Halim 2003 dan bercerai tiga tahun kemudian.
Erra kemudiannya berkahwin dengan Emran pada 2007 dan bercerai pada Februari 2014. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan,Engku Aleesya.
Video : Youtube Official Ria X
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bersempena dengan sambutan Hari Bapa semalam, pelakon Nabila Huda ada menitip ucapan untuk bapa kesayangan, Suhaimi Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Amy Search.
Kongsi Nabila yang mesra disapa Abil ini, meski lama tidak bertemu, namun ingatannya buat bapa sentiasa bersama.
“Dear papa, Tak Kira berapa jauh, berapa tahun kite tak berjumpa ,apa jua pun keadaan Yang kite lalui, abil just Nak papa tau, you’re always on my mind.
“Every single minute and second I will always miss you. I miss everything about you. Your laugh , your jokes , the way you talk , Your cooking ,The way you explain to me the Same thing repeatedly every year.Walaupun waktu yang kite bersama tu kurang ,bila ingat all the memories , abil akan senyum sendiri.
“You know we never had a chance to spend our time together since I was young. Kite Tak pernah ada peluang like 2 of us travel and buat benda macam Anak and bapak orang lain. Every time I went to my friend’s house, abil jealous nampak relationship dorang dengan their own dad .
“Abil Nak Peluk papa, hold your hands , dating berdua. I Never Had a chance. I just want you to know that I never blame you or mama because both of you separated and I kena go through hidup yang tak sama macam orang lain.
“I always adore you ! You’re my idol..You’re the coolest dad that I ever had ! No one can replace you..I know I’m not a good daughter dari mata some orang. I know there’s a lot of people out there kept on talking bad about me. Anak derhaka la,lupa bapak la Itu la Ini lah..I think you know me better, you know what I’m doin..
“It doesn’t matter how hard orang cuba Nak jauh kan kite dengan pelbagai drama, you’re always in my heart papa.If you hate me pun , I still love you so much. Because I love you so much, abil korbankan our relationship..Just to make you and other people happy..You’re too old Nak go through same shit , drama here and there in your life.
“Maybe we don’t belongs to each other cuz banyak sangat rintangan Nak kena lalui.I’ll pray for your happiness papa. Papa dah ada your own family..You deserve to be happy! Abil akan sentiasa tunggu message or call from you.
“Abil redha mungkin Ini lah jalan Yang Sudah tertulis Untuk hidup kite berdua..Abil sentiasa maafkan papa whatever Yang papa buat abil terasa or buat abil sedih. Abil doa kan papa sentiasa Di berikan kesihatan Yang baik. Abil sayang papa and abil rindu papa sangat.
“Happy father’s days Suhaimi bin Abdul Rahman,” tulis Nabil panjang lebar beserta video.
Bagaimanapun, ibu tiri Abil iaitu Norhasniza Hassan turut memberi reaksi terhadap sambutan Hari Bapa.
“Walaupun dia Rockers dia tk celebrate Hari Ibu dan Hari Bapa dia cakap itu bukan utk org Islam dan Ayah dan Mak dia tk pernah ajar dr kecik eventho surprise bdy party.
“Dia very conservative sikit bab2 ni tk pernah pun dia wish Sy Hari Ibu. dia cakap hari-hari pun hari ibu dan bapak . Apa-apa pun itu padangan dia.
“Selamat Hari Bapak ( sorry ) I know u’ve been trying to do the best for all of us , I doakan semoga u diberi kekuatan dan lembut hati , keterbukaan hati InshaAllah Allah knows best. U are truly our Rock Star.
“Thank You again love u till Jannahtul firdausi @aku.amysear,” tulis Norhasniza yang menggunakan nama akaun Instagram, Qasender itu.
Lalu, perkongsian daripada si ibu tiri telah mendapat reaksi daripada pelakon filem Tumbiruo itu pula.
“Sebab tu Aku Cakap Dia ni punca. Dia ada je..Dia orang kanan yang paling rapat dengan bapak Aku. Patutnya Kau tak payah la Nak post benda-benda gini..You never change lah. Sampai mampus pun Kau Takkan berubah.
“Perlu ke Nak cerita pasal rockstar, tak celebrate birthday la, tak sambut hari bapa la, Dia tak wish Kau la, Macam kau sorang je Yang beragama islam..Relax..Kenapa buat benda jadi complicated ni @qasander?
“Tak payah la play victims..Padahal Kau tau, Kau punca Aku berjauhan dengan bapak aku. Sikit pun Kau tak rasa bersalah..Aku Nak post benda sweet Untuk bapak Aku,Biar lah..ni Kau Nak sibuk jugak..Nak jugak menjawap.
“Ha Lepas post ni,Siap la ada Yang cucuk kasi keadaan lagi panas ,kawan-kawan Kau misscall, msg beratus-ratus bagitau Benda ni kan. Punca semua tu. Surroundings pun punca jugak. Pastu kang mula la drama, Nak cerai lah, Nak bawak Anak lari la, buat bapak Aku sedih lagi..kang bapak Aku bertambah marah Sebab kan Aku,korang gaduh.
“Drama ulang-ulang sampai lah abang jamil mampos! Asal Kau rasa insecure sangat dengan Aku ni. Jangan risau lah, Aku Takkan rampas pun your truly rock star tu. Darah Dia ada dalam badan Aku, sampai akhirat pun masih ada lagi.
“Astarfirullahalazim…Aduh, begini lah drama dalam hidup Saya kawan-kawan..Padahal mulanya Nak post benda sweet je Untuk bapak sendiri..hari lain pun Saya boleh je post Cuma semalam Saya rasa Nak post Nak buat macamana!
“Saya betul ikhlas dengan luahan Saya towards him. It just luahan seorang Anak pada ayah nya..Salah ke benda tu sampai Dia melibatkan agama? Ntah la..tak faham lah,”balas Abil memberi reaksi.
Foto : IG Nabila Huda/Qasander
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anugerah Akademi ke-98 (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, siang tadi menyaksikan malam penuh gemilang buat filem One Battle After Another apabila muncul sebagai pemenang terbesar seterusnya