Pelakon Reen Rahim ada berkongsi beberapa keping foto di Instagramnya baru-baru ini.
Foto tersebut melihatkan pelakon drama Pujaan Hati Kanda mengenakan baju lengan panjang berwarna putih disertakan dengan cetakan tulisan Jawi (Salam & Hugs).
Malah, Reen mengakui dirinya sudah semakin berisi dan mahukan pendapat dari netizen.
Pemergian permata seni, Datuk A. Rahman Hassan cukup terkesan di hati.
Terbaru, isteri kepada Khir Rahman, Siti Jasmina Ibrahim menitipkan kisah yang cukup menarik untuk pedoman bersama.
Siti Jasmina merupakan menanti kepada bintang legenda itu.
Tulisnya, Allahyarham dikurniakan tiga putera sebagai tiang seri hidup disifatkan sebagai satu kelebihan yang mengiringi perjalanan akhir ke alam barzakh.
Biarpun kehilangan anak kedua, Amie Rahman tiga tahun lalu, namun sudah tertulis rezeki, persiapan menuju Allah dipermudahkan oleh dua anak dan cucu.
“Rezeki abah mempunyai 3 orang putera. Amanat khalifah. Mereka tiang seri hidupnya.
“3 tahun lalu Allah uji abah dengan mengambil tiang tengah hidupnya (anak keduanya) Khairulilmi (Amie Rahman).. menguji kami juga untuk redha..tinggal 2 semangat abah ini yang ada sehingga mengiringinya ke pusara.
“Abah pesan putihlah pakaian umat Islam jika menziarahi kematian saudara Islam. Suci , murni sebagaimana agama Islam itu sendiri.. ya kami akan ingat sentiasa, abah.
“Rezeki abah, mereka bersama Ma dan cucu pertama abah Najmi Ammar memandikan…. anak sulungnya Khir Rahman mengimamkan 2 kali dari 3 kali solat jenazah buatnya dan yang bongsu Az Rahman yang awal turun menyambut abah untuk disemadikan di dalam ruang beradunya,” tulis Jasmina.
Pelakon dan penyanyi, Zizan Razak ada memuat naik gambar di Instagramnya dengan menggunakan aplikasi Snapchat.
Malah, aplikasi yang digunakan Zizan melihatkan ia ‘mengubah’ wajah lelaki kepada wanita, begitu juga sebaliknya.
“Aku tak tau lah sapa punya kerja ni buat gambar aku gini. Tapi now aku macam ade idea nak buat kumpulan rap dengan SAJAT. Nama kumpulan kami SUSU SAJAT YOK YOK IKAN KEKEK MAK ILOI ILOI.
“Agaknya ramai tak nak dengar lagu kumpulan kami?? @nursajadiah #rap #ikankekek #hiphop,” tulisnya.
Bagaimanapun, gambar tersebut telah mendapat respon netizen dan mulai tag usahawan, Liana Rosli atau mesra disapa Kak KM. Tidak hanya berdiam diri, ini respon Kak KM sendiri apabila dia menyedari ramai yang mulai tag namanya.
Pada pendapat korang, sama atau tidak?
Foto: IG Zizan Razak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.